Sekadar meluahkan..

Saya rasa saya dah kehilangan anak saya ketika kandungan saya baru sahaja nak masuk 6w.. bermula apabila saya rasa sakit perut seperti period pain pada minggu lepas, dan turun darah.. doktor diagnosed saya threatened miscarriage dan saya banyakkan rehat.. selama beberapa hari saya masih ada spotting berwarna coklat.. jadi pada ahad yang lalu saya telah ke klinik swasta dan tiada apa-apa pada imej ultrasound kecuali kantung yang bentuknya tidak cantik (menurut kata doktor) saya dapat duphaston untuk seminggu dan saya banyakkan rehat juga.. dan hari ini jam 3 petang, turun darah lagi sekali.. saya tak mampu lagi untuk fikir positif.. fikiran saya hanya ada "saya sudah kehilangan anak saya".. saya lebih kepada rasa bersalah terhadap suami saya yang sangat mengharapkan kehadiran bayi ini.. saya rasa bersalah kerana tidak mampu menjaga bayi ini.. Sekarang saya hanya tunggu tarikh repeat scan.. walaupun saya sudah pasrah.. saya tetap nak tengok imej scan tu.. kalau betul dia sudah tiada lagi di rahim saya.. Semoga saya masih diberi kekuatan dan direzekikan kehadiran anak dalam hidup kami.. #firstmom

Sekadar meluahkan..
23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Semoga dipermudahkan urusan puan. In shaa Allah akan ada rezeki lain lagi lepas ni. Allah akan gantikan. Percayalah. Teruskan je fikir positif. Jgn terlalu kecewa. Jgn salahkan diri sendiri. Puan x salah. Sy kehilangan anak sulung sy umur 1 thn 2 bulan thn lepas. Meninggal masa operation sbb pendarahan banyak sampai jantung berhenti. Sy sedih tapi sy kuatkan diri. X sampai 2 bulan kemudian, Allah bg sy berita gembira. Dpt tau pregnant anak kedua pulak. Due in shaa Allah lepas raya ni 😊.

Baca lagi