23 Balas
saya faham perasaan awak . saya pernah pregnant tp gugur bermula spoting. saya pergi hospital . Smpai hospital saya da bleeding bnyk sgt tp doc buat tak layan sy je masatu . bg dorang sbb terlalu awal normal je . masatu sy dah yakin sy gugur . suami ofcoz sedih sbb dia berharap sangat . kitaorang tggu 2thun utk dptkan baby . saya buat buat happy je dpn dia ..taknk dia sedih tgk sy nangis tp dia ckp tkpelh takde rezeki . spnjg sy kluar drh tu doc just ckp " kalau sakit sgt dtg blik , kalau kluar ktulan dtg hosp" . saya pasrah je . sepanjang sy kluar drh 8 hri penuh pad mgalahkan period . Allah tak bg rasa sakit sikit pun . baiknya Allah pada saya tp muncul satu tanda tanya " boleh ke saya bg suami anak lagi , sdgkan yg first ni tggu lama nk pregnant". tpi kuasa Allah, dia bagi sy lagi pregnant tak smpai sbln sy gugur. sy terkjut sangat2 smpai takut nk bgthu sesiapa sy pregnant . fobia . masa 7w saya spoting sikit . sy cuak smpai nk ngis dah takut . alhamdulillah p klnik bby baik baik je , doc bg ubat kuat rhim .skrg dah 9w takde da spoting . sy smpai rasa tiap mggu nk pergi scan sbb terlalu takut dan risau pasal kandungan ni . sis ,jangan sedih okay , biasa org kata kalau gugur ni petanda tiub kita tak block dan kita boleh je pregnant smula . insyaallah sis, cepat lekat balik lepas gugur . doc kata jgk kat saya duphaston akn bantu kita stop drh jika kandungan kita tu sihat dia bantu untuk kuatkan rhim , dan dia akn bantu untuk keluarkan bby if kandungan kita tu tak sihat , kromosom tak okay ke . mcmtulah . mungkin Allah nak bg kembar next pregnancy . smoga baik baik je untuk awak ♥️
Salam awk, sy juga mengalami bleeding & spotting sejak 6weeks, Alhamdulillah skrg kandungan sy dah nak masuk 15weeks, dan siang tadi baru je scan dgn doc O&G, Alhamdulillah baby membesar dgn sihat & kuat. 🤲🏻🥰 Apa yg sy nak sampaikan disini, selagi awk belum keguguran, berdoalah banyak minta pada Allah swt, supaya lindung baby yg berada didalam rahim kita, minta Allah izinkan anak itu hidup bersama2 kita, insyaAllah mudah2an Allah makbulkan 🤲🏻 Sebab doctor sendiri ada ckp pada sy waktu sy bleeding ituhari, doc ckp doc hanya mampu bantu melalui ubat-ubatan sahaja, ketika itu sy dpt ubat kuatkan rahim dan ubat kurangkan bleeding. Dan doc ckp walau mcm mana pun semuanya atas izin Allah, jika Allah izinkan baby ni hidup dgn kita, insyaAllah baby tu pasti akan membesar dgn sihat dan sempurna, sebab sy ckp pada doc yg sy nak sgt baby ni sbb dah 10thn sy tak pregnant 🥺 Lps doc ckp mcm tu, sy hanya berdoa bnyk2 pada Allah swt, dan sy tawakal sahaja dgn segala ketentuan Allah, sbb sy yakin perancangan Allah itulah yg terbaik buat sy dan suami, insyaAllah 😇 Mudah2an baby awk sihat2 sahaja, dan dipermudahkan segala urusan, selagi baby belum gugur, mkn je folic acid, minum susu dan jaga kesihatan ya 💝
Saya keluar fresh blood takde darah beku dan takde sakit perut, tp lps tu jadi spotting keluar lendir mcm keputihan tu, kdg2 warna darah kdg2 warna coklat2, mcm sisa2 period.
takziah utk puan. bykkan bersabar & ada hikmah disebalik ujian yg puan alami. cuma sy nak pesan pd puan, jgn rasa bersalah pd suami/pada diri puan sbb keguguran berlaku bukan salah kita. bukan sbb puan renyah, bukan sbb puan bersama awal kehamilan, bukan sbb puan tak jaga diri. keguguran berlaku kerana janin tu sendiri rosak/ada kecacatan genetik. ni apa yg doktor O&G sy bgtahu ya. jadi janin tersebut tak dpt nak survive sbb tu dia jatuh (gugur). so mmg bukan salah sesiapa. sy harap puan tabah, redha & berserah pd Allah. Insha’Allah bila sampai waktu yg tepat, Allah akan kurniakan pd puan & suami. bykkan rehat & cuba lagi nanti. selagi ada rahim, puan boleh mengandung. percayalah. jaga diri ya puan.
Sama mcm sy. Bulan 5 tahun lepas sy gugur masa kandungan cecah 6w. Sedih yang teramat sgt sb setahun lebih tunggu . Check klinik tak npk kantung, dr refer spital. Dah pgi, check jugak still taknpk n dr amk beta hcg. Lps balik dari rumah, tiba2 bleeding teruk. N rasa sengugut yang teramat sakit. Then rasa nak berak, tiba2 kluar seketul darah. Allahu. Lps je kluar tu terus hilang rasa sakit2 tadi. N saya kehilangan baby. Bulan 7 Allah hadirkan balik malaikat kecil dalam rahim saya. Alhamdulilah, skg da 31w. Semoga puan n suami tabah hadapi semua ni, in sha Allah akan hadir lagi rezeki tu .
Sy 2x keguguran kandungan bawah 12w. Dan masa kali kedua, terfikir jgk di mana silapnya. Rasa sedih dan bersalah pun menghantui diri. Tp 2 org doktor sendiri bgtau, keguguran dibawah umur 12w adalah normal. Mungkin ada kecacatan janin, pembentukan tak sempurna yg menyebabkan kandungan tak menjadi. Dan ia bukan salah ibu mengandung. Jangan salahkan diri sendiri. Anggap saje ini ujian dr Allah. Jangan bersedih ibu. Cuma dari skrg, acid folic jangan tinggal. Sejak gugur kali ke2, mmg saya makan acid folic at least 3 bulan utk mengandung semula. Alhamdulillah, dgn rezeki dr Allah, 4 bulan kemudian sy pregnant semula. In shaa Allah, ada rezeki nnt ya.
Saya faham perasaan sis. Masa kandungan saya 8 minggu pon saya ada bleeding macam sis. Disebabkn saya lalai. Saya berlari dan berjalan cepat nak kejar masa. Saya lupa yg ada insan lain dalam perut saya. Lepas saya berehat saya dapat rasa air panas keluar dr bawah. Saya baru tersedar. Saya ambik masa untuk ke toilet sebab saya dh boleh jangka ada bleeding. Dalam hati saya kalu jd apa2 dgn baby memang semua salah saya. Dan betul ada bleeding. Saya menangis tak ingat dunia. Kawan saya terus hantar pergi klinik. Dr cakap baby okay. Dan dr suruh saya banyak rehat jgn banyak gerak. Alhamdulillah saya dah 39 weeks. Sis doa yg baik2 ya. Insyaallah semua baik2
Semoga dipermudahkan urusan puan. In shaa Allah akan ada rezeki lain lagi lepas ni. Allah akan gantikan. Percayalah. Teruskan je fikir positif. Jgn terlalu kecewa. Jgn salahkan diri sendiri. Puan x salah. Sy kehilangan anak sulung sy umur 1 thn 2 bulan thn lepas. Meninggal masa operation sbb pendarahan banyak sampai jantung berhenti. Sy sedih tapi sy kuatkan diri. X sampai 2 bulan kemudian, Allah bg sy berita gembira. Dpt tau pregnant anak kedua pulak. Due in shaa Allah lepas raya ni 😊.
sabar ye sis. kalau rasa nak nangis, nangis je lahh. tapi jangan terlalu salahkan diri sendiri. kadang kita dah jaga betul pun tapi kalau mmg bukan rezeki akan gugur juga. sy pun gugur 1st pregnancy. setahun juga nak move on and ada keberanian nak pregnant balik. lepas ni rehatkan badan dulu, minta advice dari doc apa yg terbaik kalau nak pregnant semula. sy doakan sis dikurniakan anak bila sis dah sedia :)
fikir positive sis. sy keluar drh 3minggu nonstop. ingatkan period. kdg darah mcm dlm gambar. kdg belendir putih + drh. then ada darah beku sikitsikit. tk fikir pregnant pun time tu. rasa pelik je sbb bdn lemahlemah, so sy pegi klinik and dpt tau bby dh msuk 3bulan. alhamdulillah baby takda apa, skrg dh masuk 4bulan. smoga baby sis kuat yaa ❤️
Sis ada tanya doc tak knpa bleeding tu? Normal ke ye?
saya jugak pernah alami mcmni..tapi sya slow talk ngan husband & mintak maaf sbb takjage kandungan,, husband pun okay ckp takde rezeki .tunggu 3bulan & 3kali period teratur baru sya bersama & merancang lagi . alhamdulilah skrg dah 5bulan pregnant.. InsyaAllah Ade lagi rezeki untuk sis ye😘
sy pun ad kluar darah n lendir warna coklat bru2 ini .. sy xprnh pergi scan .. buku pink pun xbuat lgi wlupun kandungan dh masuk 14 mggu skrg .. tp xbermkna bayi tu gugur .. berdoa trs mntk ALLAH jga lindungi bayi yg ad dlm rahim kita .. ALLAH maha segala2 y ..
Kadang-kadang saya rasa macam tu juga sebab bleeding pun tak penuh pad.. dan takde keluar ketulan-ketulan.. lendir2 je keluar.. tapi entahla.. saya macam nak give up dah 😢😢😢 hari2 saya nangis takut jadi apa-apa kat baby saya..
Anonymous