Saya pregnant dengan gdm (tanpa ubat dan insulin). Waktu sahur sy takboleh makan nasi tapi sy akan makan makanan2 lain macam wrap, roti. Sy kerap spotting di first trimester tetapi sekarang sy dah di second trimester dan semuanya okay setakat ini.
Bangun pagi dalam pukul 10 macamtu sy akan rasa lapar tapi tak lama dalam 15 minit lapar dan haus macam orang biasa berpuasa. Sy tak ada sakit perut, cuma kadang2 terasa nyut2 dibahagian bawah perut dan alami keputihan.
Sy aktif memasak dan buat kerja2 rumah tapi sy cuma buat termampu sy. Kadang ada rasa pening sikit2 so sy akan duduk. Di dapur pun sy letak kerusi untuk duduk kalau penat. So far begitulah harian sy sepanjang ramadhan. Tapi sy tak dapat elak daripada risau akan keadaan baby sebab kita taktahu keadaan baby di dalam. So far lambat lg sy nak pergi scan sbb baru je scan 2 minggu lepas. Soalan sy: Kalau kita setakat risaukan baby dalam perut tapi kita elok berpuasa dan hanya lapar dan pening kadang2 sahaja, adakah sy patut teruskan puasa?? Kalau anda bagaimana??