Kena puasa atau tidak? Beri pendapat jika anda di situasi saya.

Saya pregnant dengan gdm (tanpa ubat dan insulin). Waktu sahur sy takboleh makan nasi tapi sy akan makan makanan2 lain macam wrap, roti. Sy kerap spotting di first trimester tetapi sekarang sy dah di second trimester dan semuanya okay setakat ini. Bangun pagi dalam pukul 10 macamtu sy akan rasa lapar tapi tak lama dalam 15 minit lapar dan haus macam orang biasa berpuasa. Sy tak ada sakit perut, cuma kadang2 terasa nyut2 dibahagian bawah perut dan alami keputihan. Sy aktif memasak dan buat kerja2 rumah tapi sy cuma buat termampu sy. Kadang ada rasa pening sikit2 so sy akan duduk. Di dapur pun sy letak kerusi untuk duduk kalau penat. So far begitulah harian sy sepanjang ramadhan. Tapi sy tak dapat elak daripada risau akan keadaan baby sebab kita taktahu keadaan baby di dalam. So far lambat lg sy nak pergi scan sbb baru je scan 2 minggu lepas. Soalan sy: Kalau kita setakat risaukan baby dalam perut tapi kita elok berpuasa dan hanya lapar dan pening kadang2 sahaja, adakah sy patut teruskan puasa?? Kalau anda bagaimana??

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya faham, sbab saya sendiri sdg alami. skrg 12w, lapar yg melampau, makan sikit shj sebab tk lalu nk makan banyak lgipun memang kita kena makan sikit tapi kerap kan. lepastu saya mmg tak boleh nk tahan sebab 1 jam lps makan auto lapar balik, lapar yg tersangat smpai pedih ulu hati, sakit perut spt kena cucuk2, saya duk fikir alah biasalah puasa kan... tp bila lama2, badan sy auto lemah, brdiri xsampai 5min dah penat, pening mcm nk pitam pun ada, nafas jd mcm xckup, rasa nak baring je. even buat kerja rumah mana yg termampu je, selebihnya saya banyak duduk dan baring. saya perasan jugak lately banyak keputihan warna putih kental macam susu basi gitu tp tak berbau, faraj pun kering dan rasa gatal sikit2. suami pun tk bagi teruskan puasa, jadi sy berbuka la lebih kurang dlm tghari. tapi walaupun dah isi perut, kejadian sama yg jadi, berulang2 badan lemah, xleh diri lama, nak masak utk suami brbuka pun jd penat asyik skip rehat jap lepastu sambung balik. pernah pergi scan masa puasa ke3, baby aktif dan sihat je. tapi diri sendiri yg tak okay, bermacam2 masalah dapat mungkin sebab hormon kan. disebabkan semua masalah harian tu, sy decide utk tak teruskan brpuasa.

Baca lagi
1y ago

kalau awak risau boleh brbuka je, kdg kita taktahu baby macam mana dalam perut kan, dengan cara scan je dpt tengok tapi jenuh la kalau nak scan hari2 kan😅

ikut kemampuan sis. kalau mampu teruskan. kalau rasa tak sedap hati buka je terus . macam saya tahun lepas , saya tak puasa direct lepas tau pregnant. saya risau dengan keadaan baby . n tahun ni baru saya tahu kena bayar fidyah dan ganti puasa bagi ibu yang tak puasa sebab risaukan keadaan kandungan. puasa boleh ganti , nyawa tiada ganti . kalau nyawa terganti sekalipun , mesti lama kena tggu walaupun benda tu rezeki . now saya menyusu , macam sis jugakla keadaannya . bangun tidur, jam 10 pagi 9 pagi dah lapar, segala benda yang saya makan semua diserap anak hahahaha . even saya pun ada kelonggaran untuk tak puasa sebab kalini saya risaukan diri saya bukan risau anak tak dapat cukup susu atau cukup.

Baca lagi
1y ago

Sy tahu.. berdasarkan yg sy cerita diatas- sy mampu untuk puasa cuma sy sekadar risau sahaja pasal anak. Dan lapar dan pening kadang2 untuk jangka masa yg sekejap. So sy minta pendapat kalau awk jd sy dan didalam situasi itu adakah awk akan terus berpuasa??