Takutnya 😭
Saya pregnant 5 bulan. Semalam saya ada bersama suami. Saya ada baca pregnant 5 bulan tak sesuai posisi missionary, kalau nak buat jugak kena letak bantal kat bawah. So saya letak bantal. Lepas bersama macam biasalah saya kencing apa semua time tu takde apa-apa yang pelik lagi. Bangun pagi tu keluar lendir coklat 😭 Selama ni bersama takde masalah apa pun kecuali kering faraj je. Hari Jumaat ni klinik tutup siang. Terpaksa tunggu malam untuk jumpa doktor. Dah book siap-siap untuk malam. Emergency jauh. Dalam sejam lebih and mesti kena tunggu lama. Doakan baby saya ok je kat dalam. Sekarang masih rasa denyut pergerakan baby cuma saya nak tengok jugak melalui ultrasound. Doakan saya semua. Thank you. 🤲🏻 Update: saya dah ke klinik dan buat ultrasound. Baby sihat semua okay sahaja. Tiba-tiba dapat tahu jantina sekali 😅 doktor tengok banyak kali takut uri saya yang tutup jalan rupanya uri ok je... tapi lendir coklat dah makin kurang la.. alhamdulillah.. terima kasih atas doa kalian 🫶🏼
Excited to become a mum