Mesti berilmu bila nak jadi seorang ibu :)

Saya perasan soalan2 yg ditanyakan dlm apps ni kadang2 tak berilmiah. Tak salah utk bertanya tp kita mesti la proaktif dalam mempelajari ilmu2 pregnancy, terutamanya dari minggu ke minggu. Kalau malas membaca boleh dgr video2 di youtube search saja week1 pregnancy info, akan keluar macam2 ilmu yg kita boleh belajar. Kita pandai nak kahwin, pandai buat anak, apa salahnya belajar juga setiap aspek pregnancy, dari segi perkembangan bayi, dan perubahan badan seorg yg mengandung. Lagi byk yg kita tahu sebenarnya akan lebih prepare mental kita sbb kita rasa sentiasa bersedia, kita tak cepat panik dengan simptom2 pelik yg berlaku dkt badan kita. Contohnya, payudara rasa sakit minggu ke 8, adakah ia normal, teruslah google “is breast pain normal week 8 pregnancy”. Sekelip mata dpt jawapan. Ni pergi klinik tak mahu, belajar x mahu. Best tau sebenrnya kalau kita aware setiap minggu apa yg berubah pada badan kita yg mengandung ni, seronok, kita akan rasa lebih bersyukur, kagum dgn keupayaan badan wanita boleh berubah utk accomodate bayi dlm rahim. Ilmu tu penting. Jom kita sama2 belajar ok? ? tiap minggu saya sgt excited nak tgk video atau google apa2 psl pregnancy. pada masa yg sama, minggu2 sy akan update suami sy apa yg berlaku pada badan, berdasarkan ilmu yg sy belajar. Secara tak sengaja suami pun happy, dua dua “well informed”. Tak cepat gelabah dgn simptom yg tak pernah berlaku pada kita contohnya semalam tiba2 jari2 sy sakit rupanya third trimester ni normal je. Check up jgn miss, apa2 soalan yg kita dah google, double check dgn nurse di KK, mereka sangat membantu. Alhamdulillah sy dpt nurse yg sgt caring. Alhamdulillah skrg sy sudah 33 minggu mengandung anak pertama. Skrg sy sibuk belajar tentang kontraksi, tanda2 nak beranak, dan breastfeeding. Doakan sy mampu breastfeed anak pertama sy nanti ?Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Doakan saya juga mommies! ??

27 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Sokongg 200% hihi. Sy pon tiap harii tgok pekembangan bby dri app nie. And kdng dri utube. Mmng best. Kdng kita lupa nk bukak suami lak yg tolong bukak kn. Hihi

4y ago

Yuppp. Mmg best kalau suami pun aware dgn perkembangan tiap minggu. Dia akan jd lebih memahami & invested dgn pregnancy tu. Kdg2 suami yg excited tanya kan. Bila dia faham kita lagi la dia sayang, tlg kita buat itu ini. Kite pun happpyyy

btui tu sis...kne byk membca..lam youtbe pn byk...wlpn ank dh nk msok 4..ttp gk search ttg info ibu hamil..klu ase musykil..rjuk misi@doc..

amalan membaca pun bagus utk perkembangan bayi dlm perut..byk soalan tanya dia akan dpt baby girl @ boy..dlm aps ni ramai ahli nujum ke..

Ada yg sengaja tnya soalan mcm tu, dah tau tapi pura2 tak tau... Gitu....... 😌😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃

Btul tu banyak kan membaca kalu xjmpa bru tnye bkn susah pun kdg2 tgk apps ni jd mls sbb org dok tanya soalan sama😒

Yes betul.. mcm sy, sy prefer baca dulu bru up soalan walaupun first pregnancy. Takkan semua benda nak disuap kan 😅😅

paling rasa nak ketuk kepala bila baca soalan "kenapa tak rasa baby gerak. saya dah preggy 5 minggu" haaaish.

4y ago

setuju part ni . kadang bila buka apps ni awal2 dh dia tulis perkembangan bayi Dari hari ke hari . saiz sebiji buah anggur ke sebesar tembikai keee . tu pun tanya lagi xlogik besar sesame seed nk rasa gerakan apooooooo haih

Setuju. Thank you for saying this. Kita tak boleh expect untuk di spoonfeed setiap masa.

4y ago

Well depends pada soalan yang ditanya. The word may not be right to you but it is to me.

dulu pun mase anak first saya macam tu cari ilmu mana2 so tak lah bodoh sangat 😁

VIP Member

saya setuju 💯 saya pun buat macam awak, jadi ibu kena ibu bijak dan kreatif 😆

4y ago

yup kena letak mind set "malu bertanya sesat jalan" tanya kepada yang berilmu lebih baik, tanya kat sini pun bukan semua arif, sekadar share pengalaman boleh la 😄