37 mingguuuuuuuuuuu

Saya nk tnya.. kalau jrg bersama dgn suami (pjj) memang akan bersalin ikut duedate/lewat eh? Ada tips tk sbb skrng sy dh msuk 37 mnggu xsbr nk jmpa bby🥹 #firstmom

37 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy pjj dgn husband. setiap bulan husband balik seminggu sekali je. dlm 10hari mcm tu sekali cuti. 1st&2nd pregnancy mmg jarang bersama. xsemestinya awak. ikot pada baby kita juga nk keluar masa mana. hee. kdg tu kita dah buat exercise mcm2 pon tp still baby xnk keluar juga. 1st baby sy bersalin masa 38w2d. 2nd baby lg 3hari nk dkt due date. bersalin masa 39w4d. 2nd baby ni semua exercise yg mommy rekemem sy buat. sarat2 pon sy siap g jln2 dgn family. sbb org ckp byk berjln mudah bersalin. hee. sy pergi perlis la, kl la. tapi baby seronok dlm rahim. smpi last tu saja usik member office ckp eh cuba try pjuk ank ak tengok kot dia mau keluar. esok tu sungguh baby nk keluar😂 awak cuba la tips ni selain bersama suami. mana tahu salah satu tips ni berkesan dgn awak. baby nk keluar☺️ 1) kalau ada gym ball, awak boleh buat senaman atas gym ball sekerap yg mungkin 2) senaman ketuk ketampi 3) jalan itik 4) berjalan pusing taman, pusing mall. selagi awak larat jalan awak jalan ja 5) senaman kupu2. senaman awak rapat kedua tapak kaki awak kemudian awak goyang badan kedepan belakang kiri dan kanan. 6) mandi dgn kerap. contoh andai kata dh ada bukaan 1@2cm. awak mandi je kerap. 7) baring secara mengiring 8) kalau dah start rasa baby mengeras ataupon awak rasa contraction awak kawal pernafasan. ni pon dpt cepatkan bukaan. setiap kali rasa contraction awak tarik nafas guna hidung dlm kiraan 10 dn lepas guna mulut dlm kiraan 10 juga. 9) kalau rumah ada tangga awak naik turun tangga dgn kerap. tp pastikan berhati2. awak jgn laju2 pula. bahaya. takut jatuh.

Baca lagi

banyak cara lain boleh ikhtiar utk cepatkan bukaan cm. ya,salah satunya kerap bersama dgn suami. tp selain tu,rajin bergerak dan jalan² kawasan rumah,sental lantai bilik mandi dlm keadaan mencangkung. sambil² tu berdoa pd Allah mudah²an dipermudahkan urusan bersalin. minta suami maafkan salah silap isteri dan doakan kelancaran proses bersalin kelak. tak payah ikut petua² yg bukan². Alhamdulillah,sy bersalin 3 anak tak pernah overdue. proses pun tak lama,tak pernah lebih sehari sakit contraction. paling lama kurg dr 5 jam tahan sakit lepas tu bersalin. paling cepat anak 1st 39w dtg hosp sbb contraction,nurse check dah 9cm,kepala baby dah nak keluar. try amalkan,mudah²an sis dipermudahkan urusan bersalin

Baca lagi

saya untk anak first bersalin 37 week 3 days.. memang target nk bersalin bila bby cukup matang, sebab nk baby besar kat luar.. dari awl memang mind set camtu.. apa yg sy buat, start 35 week sy duk atas gym ball tu every night.. smbil2 tgk tv ke. pastu naik turun tangga. pusing2 mall, then mse 36 week sy mntx suami buat urutan perineum guna minya vco or primerose. then bnyk2 ckp dgn bby kata nak kuar awl, minta kuar dipermudahkan, ckp2 ngan bby xsbar nk jmpe dia... inshaAllah doa bnyk2.. ni sy tgh pregnant second bby. da nk masuk 37 minggu ,doakn kali ni pun bby kuar 37 minggu ya..

Baca lagi

Yg komen pun mulut boleh tahan ye.. suka2 ckp sila meninggal lah, pastu soalan entah apa2.. klu awak pun mcm dia tak tahu apa2, awak pun akan bertanya.. mcm hebat sgtlah yg komen sila meninggal tu.. yg soalan apa2 tu pun klu tahu share jelah, mulut tu tak payah ckp bukan2. Dia tgh tanya je kan? Share or nasihat je elok2 mcm yg lain.. ye betul, banyakkan berjalan kaki itu cara org2 tua selalu bg.. awak cuba je semua petua yg kwn2 bagi kt sini, insyAllah iktihar..

Baca lagi
12mo ago

Kan dia cakap yg fikir bersama je untuk tips. Kalau rasa tak fikir tips hanya bersama je. Jngn nak terasa sgt. Makan cili byk sgt ke u ni? 🤭🤭🤭

kalau saya dh masuk 35w4d , still bawak moto ke sana ke sini beli barang sendiri, klinik gi sendiri . tapi still takda rasa sakit , dn mngeras . klu rasa mengeras , sikit jer tu pon klu saya baring melintang , tpi klu lepas bersama suami rasa sgt mngeras 10 minit cm tu tapi 1 hari jer. besok tu dah ok . untuk tips lain cube awak bawak berjalan , buat senaman cm itik turun naik naik . nak lagi info, tgok jer kt utube .snang

Baca lagi

Saya pun PJJ dengan husband tp bersalin 2 minggu awal. sebab saya bekerja, masuk 3rd trimester memang sgt aktif di office, banyakkan berjalan kaki. dirumah pun tak duduk diam, everyweek cuci sental toilet. turun naik tangga dekat rumah, pantang dengar lagu, menari sesaja. so ada banyak cara utk mempercepat bukaan utk bersalin, bukan bersama suami semata mata 😊dan banyakkan berdoa moga dipermudahkan urusan sebelum, semasa dan selepas bersalin juga.

Baca lagi

xde kaitan. sy dh masuk 37week jarang sgt bersama. sbb xlarat & husb faham xnk ganggu keadaan bdan kita. ok je sy beranak xde overdue. yg 38week kena induce sbb gdm. yg 1st 39week 5day. kalau nk mudah bersalin,rajin² squat,mencangkung,sental toilet bilik air tu. jln itik at least 10step xpe da. sbb bila dh 37week tu,baby selalu mengeras. bila cek bukaan kdg dh 2/3 cm da. huhu. so get ready je la brg2 dlm kereta ye

Baca lagi

takjugak sis , sy dri 35weeks bsama suami suh suami lepas dalam smpai 37 weeks takde contraction awal dan cepatkan bukaan pun , msa 38weeks check bukaan dkat hosp bru 1cm , sy buat senaman squat dan senaman lain , 38w4d sy selamat melahirkan baby . Jadi bg sy , taksemua org akn dpt effect yg sama , kita cuma ikhtiar shj . Semoga dipermudahkan urusan ibu dan baby ye

Baca lagi

Yang penting ibu aktif dan jaga kesihatan elok-elok untuk elak komplikasi. cari senaman yang sesuai untuk ibu, jaga pemakanan, dan happykan diri sendiri.. cepat atau lambat beranak tu rezeki masing-masing, sebab hidup dan mati seseorang tu kan Allah dah tentukan, jadi tak perlu fikir-fikir sangat hal yang kita tak boleh nak kawal..

Baca lagi

tak semestinya kena bersama suami jea untuk cepatkan bukaan, selain dr tu awak kena bykkan exercise dan berjalan juga untuk cepatkan bukaan. sy pun PJJ dgn husband, berbulan bulan mmg tak dpt bersama, tapi alhmdulillah sy bersalin tepat 38w. selain tu bykkan bercakap n pujuk baby, inshaa Allah dipermudahkan ☺️

Baca lagi