Sesak nafas kandungan 6 bulan memang biasa ke atau luar biasa..

Saya nie mengandung dah 6 bln tapi sekarang nie bila nak tdo je rasa sesak nafas..kena betul2 cari tempat yg selesa untuk tido..kadang² sambil duduk atas sofa boleh tertido lena...lepas tue kenapa kita rasa macam pedih ulu hati..bila makan angin tendang nak muntah...ada sesiapa tahu tak macamana nak hilang kan??ke pekara biasa semua tue

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Pulmonary embolism. Sesak nafas. Salah satu sebab utama kematian ibu bersalin sebab darah terlalu pekat menyekat pengaliran darah di dalam saluran darah di dalam paru-paru. Siapakah yang ada risiko lebih tinggi mendapat pulmonary embolism? Jawapannya ialah: 1) Ibu hamil yang ada obesiti, 2) Ibu hamil yang berusia lebih tua, 3) Ibu hamil yang ada dehydration tak minum dengan cukup semasa mengandung atau selepas bersalin, 4) Ibu hamil yang bersalin Caesarean Section terutamanya tak mahu berjalan-jalan selepas bersalin, 5) Ibu yang ada pendarahan yang banyak selepas bersalin. Jangan kata ibu yang bersalin normal tiada risiko pulmonary embolism. Inilah SEBABNYA saya selalu menasihatkan semua ibu hamil yang bersalin dengan saya MINUM AIR BANYAK SELEPAS BERSALIN, jangan baring-baring saja mesti berjalan-jalan selepas bersalin, dan tak payah ikut amalan berpantang orang zaman dulu. Zaman dulu, kadar kematian ibu bersalin ialah 20 kali ganda lebih tinggi dari kadar kematian ibu bersalin zaman sekarang, tak payah ikut amalan zaman dulu. Dengarlah nasihat doktor pakar di dalam bidang. Inilah SEBABNYA saya selalu menasihatkan semua wanita jangan benarkan diri anda jadi obese, turunkan berat badan yang obese SEBELUM HAMIL, penjagaan kesihatan itu penting sebelum hamil lagi, bukan lepas bersalin baru nak jaga kesihatan. Inilah SEBABNYA saya menasihatkan ibu hamil yang berpuasa, pastikan anda minum dengan secukupnya di antara iftar dan sahur. Sila ke link ini untuk nasihat berpuasa semasa hamil youtu.be/wsZLB63SNcU Tahun ini saya juga ada seorang ibu hamil yang takut nak berjalan. Beliau bedrest sebab takut gugur sampai dapat pulmonary embolism. Alhamdulillah saya cepat-cepat buat diagnosis melalui CT scan dada dan cepat-cepat mulakan rawatan mencairkan darah di ICU. Saya dah beritahu beliau selepas Shirodkar cerclage, tak payah bedrest, bangun berjalan-jalan tetapi mungkin beliau terlalu takut dan tak dengar nasihat. Alhamdulillah selepas itu beliau dengar nasihat dan bangun berjalan. Selepas bersalin, saya TAK BENARKAN beliau makan apa-apa produk, tak boleh makan jamu, ubat herba Cina berharga beribu-ribu ringgit yang suami beliau beli saya suruh BUANG. Ubat herba tradisional yang dihadiahkan kepada beliau dari kawan-kawan dan keluarga saya suruh BUANG. Saya sangat tegas sebab beliau tinggi risiko pulmonary embolism berulang selepas bersalin, maka saya suruh beliau BUANG KESEMUANYA. Alhamdulillah beliau dan suami mendengar nasihat saya. Sekarang beliau sudah selamat bersalin anak yang matang dan sihat. Alhamdullilah beliau sudah pulih. Sebab inilah saya tak suka ibu hamil amalkan bedrest atas sebab takut gugur. Inilah kelebihannya Shirodkar cerclage untuk ibu hamil yang ada cervical insufficiency. Selepas saya buat Shirodkar cerclage dari awal-awal, di antara 12 hingga 14 minggu kehamilan, saya nasihatkan tak payah bedrest, saya beritahu ikatan itu kuat dan boleh pergi kerja seperti biasa. Inilah kelebihannya ikatan tinggi dan kuat Shirodkar cerclage bila dibandingkan dengan Arabin pessary atau McDonald cerclage, sebab selepas Shirodkar cerclage tak payah bedrest, tak payah duduk di hospital, tak payah duduk di rumah bedrest, boleh berjalan dan pergi kerja seperti biasa. Akhir sekali, nak jadi Pakar Perubatan yang terbaik, kita mesti amalkan Evidence-Based Medicine dan kita mesti menasihatkan pesakit apa yang terbaik untuk mereka, dan “Say NO to overclaim health products.” Nasihat saya juga kepada semua jururawat dan doktor-doktor yang junior, sila belajar evidence-based medicine dari doktor pakar specialist, jangan berhenti belajar dan teruskan tambah ilmu, jangan terpedaya dengan produk yang tidak terbukti berkesan, jangan ikut adat-adat lama yang boleh memudaratkan pesakit. Saya ingin mengucapkan syabas kepada ibu ini sebab belajar dari pengalamannya dan kemudian berubah untuk mendengar nasihat doktor. Saya ingin mengucapkan Syabas juga kepada semua ibu-ibu yang mendengar nasihat perubatan dari doktor pakar di dalam bidang dan berhenti mendengar nasihat perubatan dari mereka yang bukan ahli dalam bidang. Sekian, terimakasih. Dr Imelda Balchin Professor, KPJ University College Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in preterm birth prevention MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Founder of Cervical Insufficiency Society Malaysia Marathon runner

Baca lagi

masa sy 6 bulan kerap sesak nafas bila nk tdo.. sy tinggikan bantal pakai baju longgar bukak baju dalam semua, ltk bantal celah peha bru bole tdo bila inform doc , jawapan yg sama berkali2 diberi baby dlm perut nk membesar.. dh masuk third trimester baru hilang ssendir sesak nafas nk tdo tu

11mo ago

oh yeke..tq sis atas info dn nasihat..sb kita dalam keadaan mcm nie risau jgk kn...

TapFluencer

semua simptom GERD tu awak. jumpa doktor tau. sedikit sebanyak memang normal untuk rasa susah nafas sikit bila baby dah besar ni sebab dia tekan dada kita. tapi kalau sampai memudaratkan, jumpa doktor. GERD ni boleh dirawat, dan perlu dirawat. kalau tak boleh melarat jadi makin teruk.

11mo ago

ok sis..tq tau..hehehe firstime prggy so xtahu dn xd pengalaman

sakit apa2 masa pregnant, gi klinik ya? normal pd org tak semestinya normal pd kita.

11mo ago

ye sis..sy pn risau jgk sb xprnah alami kan..tq tau sis..

kalau kerap sesak nafas tak normal ya. bahaya

11mo ago

aah kandungan 6 bln dia jdi mcm nie..risau jgk sesak nafas mcm nie

Taknormal. Jumpa dr from better advice

11mo ago

oh yeke..tq tau..esok sy pgi jmp doktor

kalau pedih ulu hati, makan gaviscon pink.

11mo ago

ooo..blh ye mommy kalau gandung mkn gaviscon tue?