Nak tanya kalau kandungan dah 4 bulan ada babybump ke?
Saya nakk tau kalau dah 16 minggu ada babybump ke sbb saya dah 11 minggu tpi mcm ada buncit n bump sikit bile saya berdiri dan baring, pastu ada denyutan nadi kt perut, bile saya suruh husb saya dengar kt perut die dngr bunyi berkeroncong je lapar🤣 bunyi nadi baby tkdepun haha btw belum scan lgi, sbb bru lgi jdi tnggu 4 bulan bru nk scan😀 tkpe ke, bole ke kalau nk bukk buku pink lewat sikit#ingintahu #firstbaby
![undefined profile icon](https://static.cdntap.com/parenttown-prod/profile_15637872962857.jpg)
1) timing nampak baby bump is depends on your body. bukan semua orang sama. ada orang baby bump 4 bulan dah start nampak, ada yang 5/6 bulan baru start nampak, ada yang 7 bulan baru ada baby bump. but it doesnt matter. 2) once you delay period + upt positive, you should confirmkan your pregnancy first. 6/7 weeks dah kena confirmkan pregnancy which is kena scan (untuk tengok kantung ada atau tidak / kantung luar rahim atau dalam rahim / and janin tu sendiri. and 8weeks above you kena scan juga untuk tengok heartbeat baby dah ada atau belum. depends on your pregnancy. ada orang janin lambat menjadi and akan lari sikit dari timing period. but you should scan early pregnancy sebab benda tu penting. 3) you tak boleh suka hati nak lambatkan buku pink even you first mom and takda experience bfr this. buka buku pink ada date dia which is bfr 12weeks you dah kena buka buku pink and booking appointment di kk. buka buku pink bukan saja saja, nurse akan bagi you ubat etc. 4) kita tak boleh dengar bunyi jantung melalui tangan or letak telinga dekat perut. untuk dengar bunyi jantung cuma guna doppler sahaja / scan.
Baca lagimungkin tu nadi awak sendiri, saya tak pregnant pun kekdg terasa denyutan nadi dekat perut. awak ada gi kk untuk confirm pregnancy?? kalau ada biasanya diorang akan bagi tarikh untuk buka buku pink. jangan lambat lambattt, lagi cepat lagi bagus. awak kene makan ubat asid folic, da buka buku pink dapat ubat dari kk pulak. ubat tu bagus untuk megelakkan kecacatan janin, dan mengelakkan ibu terkene anemia. kene scan sis, untuk pastikan kandungan baik baik saja. sebab ada kes mengandung luar rahim, kalau dapat tahu awal senang. kalau da membesar , membahayakan kesihatan sis.
Baca lagiSis buka buku lewat.. apa alasan sis? Paling lewat 12weeks melainkan ada sebab tertentu.. klu misi bebel sis kata misi bising.. tp sebenarnya utk kebaikan sis dan baby jgk.. buka buku awal at least boleh detect penyakit apa yg ada.. hb low ke, gdm ke, gbs ke , jantung ke klu tahu awal boleh cegah awal.. dan yg penting boleh tahu vit apa yg patut consume nanti.. Nadi/ jantung mmg tak dapat dgr dgn telinga melainkan scan atau guna alatnya.. 16weeks masih awal sgt nak nmpk baby bump.. biasanya 20weeks keatas baru nampak sikit2..
Baca lagibahaya la scan lambat. scan awal utk confirmkan pregnancy, detect kalau mengandung luar rahim, kalau ada cyst, twin pregnancy, growth baby normal ke tidak. NT scan boleh detect possibilities of down syndrome which u boleh buat until week 13 je. paling penting mengandung luar rahim tu, boleh bahayakan diri awak sendiri. Buka buku pink pun kena on time, nak check BP, HB, gula. Tu semua boleh buatkan high risk pregnancy. Lagi awal detect complications, lagi cepat treatment. Please be a responsible parents
Baca lagiJgn main2 sis.. dh pregnant xleh decide ikut diri sndri nk buke buku bila.. time pregnant ni lah sis kne byk research n bykkn membace untuk tmbah knowledge.. spnjg pregnancy ni pn byk bnde sis kene tau ubat ape yg akan kene mkn, aktvt ape yg xblh n blh bt.. bab2 psychology and emosi tu semua kene amik tau.. bab2 spotting, bleeding, discharge/ ape2 alahan semua.. pasal perkembgn baby dlm perut pn sis dh kne study skrg..n ape yg normal/xnormal in pregnancy.. byk persediaan kene buat..
Baca lagihi awak . better bukak buku skarang . skrg pun insha allah dh bole dengar degup baby melalui scan . scan awal penting utk tau baby dlm rahim atau luar rahim .. biasa org scan atas 8week mcm tu sbb kalau scan awal sangat bby kecik lagi , tp kita boleh tau la dia ada dlm or luar rahim . kalau 11week-18week boleh buat NT scan dh yg nk detect abnormality tu . lepas NT scan baru details scan utk tengok baby okey ke tak , details scan trmasuk gender scan sekali
Baca lagiWaktu tahu pregnant terus pegi scan sis. Untuk check keadaan kandungan. Jangan tangguh tangguh. Lagi2 kita first pregnancy. Takde pengalaman. Apa2 jadi nanti susah kita tak tau baby kat dalam perut macamana. Baby bump tu ikut badan org jugak. Saya pregnant 7 bulan baru nampak baby bump. Bukak buku pink pulak kena pegi awal. Untuk set appointment dulu. Pastu baru nurse bagi tarikh untuk first check up. Make sure pegi sebelum 12 minggu.
Baca lagiFirst of all, buku pink jangan buka lambat ya. Apalagi awak dah 11 minggu dah. Lebih awal ke KK lebih bagus, supaya kita tau perkembangan baby. Untuk baby bump, tergantung badan masing2. Mostly 1st pregnancy baby bump nampak lambat macam 6 bulan ke atas. Tapi macam saya, masa 1st pregnancy haritu, masuk 4 bulan memang dah nampak baby bump, walaupun badan saya kurus je 😅
Baca lagidepends pada mak juga sis. kalau mak bdannya comel perut pon berkemungkinan ikut comel je. Macam saya, mase 4-6 buln org kata perut kecik, tambah sye first pregnancy. Most of first mom mmg perut ssh nmpak bump. bila masuk 7 bulan perut terus mmboyot, nmpak lah sarat. Tengok pd orang juga. so dont worry as long as you dngn baby sihat. alhmdulillah
Baca lagiScan tu jangan lambatkan. At least 8-9weeks tu dah scan nak tgk ada heartbeat & janin. Buku pink kena call kk tnya. Lain tempat lain week nurse bagi. Sis first mom kan. Banyakkan membaca untuk first pregnancy. Jangan ambil mudah tau. Nnti apa2 jadi menyesal kemudian hari. Apa pun, semoga dipermudahkan urusan. Cepat scan and buat buku pink ok
Baca lagi
Ex nurse in London, Now fully Housewife. Mommy of 1 princess.. ❤️