Sakit nipple + rahim (pcos+ttc)
Hi. Saya nak tanya. Saya PCOS / 27tahun / 4 tahun TTC (pernah gugur) Tak pernah senggugut kalu nak period. Cuma rasa tak sedap bahagian rahim sahaja. Nak kata sakit, mungkin tak. Rate 1/10. Takde makan2 ubat hormon / herbs / jamu dan sebagainya. Saya last period bulan 4 tahun ni (2024). Hujung bulan 7 : start nipple sakit/ sensitif Awal bulan 8 (3/8) : sakit bahagian rahim. Biasa 2 hari tak sedap rahim, lepastu period. Nipple tu masih sakit. Sensitif. Pregnancy test (-ve). Persoalannya, Kenapa bahagian rahim saya sakit ya? baru2 dua harini sakit dia tu sakittt sangat
PCOS surviver