BUKU PINK

Hi saya nak tanya kena pregnant berapa bulan baru boleh buka buku pink di KK ya ? And one more thing , kalau kita buka buku pink di KK nanti masa nak check jantina anak tu kena bayar berapa ya ? Kepada yang dah ada pengalaman boleh kongsi dengan saya tak ? Saya perlukan jawapan . Tq .#bantujawab #firstmom

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Time tahu pregnant, terus je call KK area awak untuk book bukak buku pink. Nanti diaorang sendiri akan bagi tarikh dekat awak. Scan dekat KK time appointment takde kena bayar pun sis. Tapi bukan tiap tiap bulan kita scan. Selalunya KK akan scan time 10w, 20w, 28w dengan 36w sahaja. KK pun takde buat details scan, NT Scan tu semua. Tu semua kena pergi swasta. KK akan check tapi tak details. Macam KK saya 20w dia checkkan gender, then confirm balik gender dekat KK masa 28w.

Baca lagi
8mo ago

Detail scan tersangat lah perlu. Details scan untuk check organ dalaman baby. Jantung dia, cukup ke tak 4 chamber, kindney cukup ke tak, rangka attach ke tak, ada cleft ke takde, jari cukup ke kurang ke lebih ke tak. Details scan adalah scan yang terpenting untuk buat masa pregnant. The best week js 21-22 weeks.