Saya nak tanya, baby boy saya dah 2 bulan 5 hari. Baby dari lahir mmg kuat menyusu (sekarang sepenuhnya formula). Jadi saya mmg kawal waktu susu dia utk elak overfeeding. Saya akan bgi dia susu setiap 2-3 jam sekali. Lepas tu dia jenis tahan mata walaupun dah ngantuk. Jadi saya akan selalu masukkan dia tidur. Waktu berjaga, saya limitkan sejam lebih setiap kali lepas bgun lepastu saya masukkan dia tidur lgi. Mcm tu la hari2. Sekiranya baby bgun awal, contohnya tidur sejam je lepas susu, saya mmg akan paksa baby tidur lagi utk elak dia nangis nk susu. Betul2 dah 2 jam lebih, baru saya angkat dia kasi susu. Persoalannya kdg2 saya tertanya betul ke cara saya? Okay ke baby asyik tidur? Sbb kdg2 dia nangis taknak tidur pun saya akan tepuk2 sampai dia tidur. Mmg dgn saya baby takde peluang nak overtired sbb saya lebih rela dia tidur dari selalu nangis nak susu😌 Apa pendapat ibu2 ?
Anonymous