#TAPx59S

Pengalaman Menyusu Bayi Saya nak share pengalaman saya sendiri.. ??Selepas bersalin saya tidak tahu macam mana nak mula dan saya tak tahu yang saya ada susu ke? Bila dah rapatkan anak dekat dengan aerola, pandai betul si comel hisap. Hihi. ??Bila saya mula susukan bayi, banyak yang tak kena. Cara pegang dan cara menyusu. Anak saya pun selalu menangis. Ibu saya ada tunjukkan cara yang betul dan memberitahu saya keselesaan semasa menyusu adalah penting. Jadi ibu saya mengambil bantal letak di belakang saya dan bantal dibawah tangan untuk sokongan semasa menyusu. Sambil tengok televisyen sambil tu saya boleh google cara untuk susukan bayi. ??Susu badan juga tidak banyak. Bila minum banyak air, saya perasan susu pun cepat je terhasil. ??Kadang saya rasa tekanan kerana tak cukup tidur. Tapi bila tahu cara kita boleh susukan bayi secara baring, cara ni lebih mudah untuk saya tidur dan rehat. Lepas bersalin kita memang akan berasa penat sangat sebabnya kita tak pernah ada pengalaman jaga bayi, masa tidur pun dah terganggu dan berubah. ??Bila dalam keadan kita dah tertekan, susu pun berkurang. Bila kita dah tahu cara yang betul, kita sebenarnya kena pandai mencuri masa dan sentiasa positif. Jadi semasa menyusu selitkan dengan berzikir. Jadi kita betul-betul kena jaga emosi supaya bekalan susu pun cukup untuk si bayi. ??Cara pemakanan juga lain. Kalau ikut tradisi macam-macam tak boleh makan. Bila kita banyak baca dan bertanya, rupanya buah buahan perlu untuk kita kekal bertenaga. Jadi saya selalu lepas habis makan nasi bersama ikan dan minum air susu kurma, saya makan buah oren. Saya pun tak lagi sembelit dan susu badan pun nampak laju je. Anak pun kenyang! Inilah ringkasan pengalaman saya. Kalau bercerita depan-depan rasanya lagi panjang. Sekian daripada saya. Semoga memberi manfaat! #TAPx59S

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Terima kasih kerana berkongsi 🥰