4 month pregnant positive covid

Hi saya just nak share pengalaman and bertanya sikit. 11/3 dapat tahu +ve covid. Sepatutnya ibu mengandung mmg terus pergi cac untuk penilaian kesihatan kan, tapi semalam baru pergi. Tapi saya sedikit kecewa + marah dengan petugas hospital tu. Ada ke patut dia suruh saya balik. Dia cakap “dah positive buat apa datang”. Sumpah hampir bertekak kat kaunter saringan tu. Then saya igt ke, masa dapat rawatan elok la sikit kan. Tak jugak, dia check macam biasa check kat rumah, tekanan darah oksigen macam tu je. Masa check pernafasan mmg saya tak lepas tarik panjang. Then dia just pakai tekan2 perut saya sikit2. Pastu tak cakap apa2 datng balik bagi ubat. Itu aja. Macam tu ke buat penilaian sebenarnya? Takde check darah ke apa. Mmg cara check gitu2 macam tu boleh tahu keadaan kesihatan kita dengan baby ke? Macam mana nak buat report? Layanan sungguh teruk bagi saya#firstbaby #pregnancy #ingintahu

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis saya pon baru lepas habis kuarantin di rumah selama 7 hari. Jumaat lepas baru habis. Kandungan 28 weeks baru dpt positif covid. Saya dah pegi buat ujian saringan kat KK dan dorang akan update dalam system yg kita high risk sbb mengandung dan saya takde symptom yg teruk setakat sakit tekak saja. Sbb tu dorang suruh kuarantin di rumah sahaja. Bagi yg kene kuarantin di CAC bagi yg symptom teruk sahaja macam sepupu saya dia demam mengigil dan baby tak gerak mcm sebelum ni. So dia dihntar ke hosp dan diwarded skli dia sana. Cukup update kesihatan dan symptom di apps mysejahtera saja untuk pemantauan dorang. Selalu check oxygen jangan kurang dari 95. If kurang sis perlu pergi ke emergency hosp terus, then doktor ada ckp kalau jantung laju atau sesak nafas baru ke emergency. So far alhamdulillah saya takde teruk. Cuma dua hari lepas pada sakit tekak baru ada kahak dan batuk sikit. Skrg dah sihat cuma tggal saki baki mcm pernafasan agak sangkut sikit tak mcm sbelum ni. Ada perubahan lepas pada kene covid. Apa2 pon moga kita semua dilindungi Allah SWT dari wabak penyakit ini amin🤲🏻❤️

Baca lagi

Saya positive covid 28/2 lepas. Pregnant 15minggu. Saya buat rtk nasal saja, bila result ve, saya update dalam mysejahtera sahaja. Ikutkan tak perlu ke cac melainkan kalau ada gejala yang teruk mcm sesak nafas ke. Saya kuarantin dkt rumah sampai 5/3. Hari hari update dalam mysejahtera. Alhamdulillah so far takde gejala teruk. Habis kuarantin baru saya ada asma. Nafas pendek, cepat mengah, nafas berbunyi. Pergi klinik, doctor bagi gas & inhaler. Alhamdulillah skrg kena berkawan rapat dgn inhaler je. Check baby, baby okay je dalam ni duk berenang hihi Alhamdulillah.

Baca lagi

Awak kalau positive, kena update kt MySejahtera n call KK dulu. Atau tgg KKM update dgn awak. Mmg ibu preggy nie high risk apa2 pun. Tp kalau symptom setakat biasa2 je better self quarantine dulu x yh pergi CAC. Kt MySejahtera tu kn boleh update symptom awak hari2. Tu penting juga ada oxymeter n check suhu kt rumah. Kalai oxygen drop below 93% br dorg angkut awak g hospital. Mmg itu je lah penilaian yg dorg buat. X de apa pun. Melainkn awak negative, dorg akan buat la PCR tu semua. Tu je lah. X pe awak. Just rehat n self quarantine je kt rumah.

Baca lagi

Saya kene covid 2 minggu lepas. Saya pregnant 12 minggu waktu tu. Saya dah tau yang mungkin dorang tak ambil kesah, jadi saya gagahkan diri Di rumah saja. Rehat banyak kan minum air. Kalau ade aircond dkt rumah, sila tutup. Bukak tingkap or pintu balcony rumah semua angin luar masuk. Kerap mandi. Terok Saya haritu. Panas tak reda sehingga hari ke 5. Alhamdulillah Saya baik baik sahaja. Esok baru appt pergi jumpa doktor selepas Saya habis kuarantin smlm. Harap Takde ape ape lah. Inshaaallah Amin

Baca lagi

Masa saya mengandungkan anak saya 6 bulan , saya pun positive covid tapi saya tak buat test and tak pergi klinik , saya buat kuarantin kendiri je sebab masa tu kalau pergi klinik comfirm kena tahan then ada setengah kenaa lahirkan baby awal . saya fikir positive je masaa kena covid kalau teruk sangat baru saya serah diri tapi Alhamdulillah dapat gejala yang ringan ringan sahaja and dalam masa hampir seminggu dah sihat .

Baca lagi
VIP Member

sama juga dgn penagalaman saya... tunggu lebih 1 jam kat CAC kerana mereka siapa cepat dia serbu dulu, x beratur betul betul... pas tu, tunggu lebih 1 jam, angkat bp, suhu, oxygen jer, masa tu saya dah 37+4minggu dah, mereka kasi saya surat quarantine pastu suruh balik jer, ubat apa pun tak ada sbb tak boleh makan... skrg CAC tak peduli dah... kira kena jaga diri sendiri...

Baca lagi

layanan teruk tu normal. lebih baik update mysejahtera. kita mmg riso sbb kita first baby tapi dema buat x tahu. sbb symptoms kita biasa je.. sy close contact.. husband covid dema x amik port langsung pon.. masa week 14 haritu .... emo mmg emo tpi itulah reality ye . sabar n positive..

Untuk pengetahuan, saya tak pergi cac sebb kalau weekend cac terdekat bukak sampai pukul 11 pagi. Saya pula tak larat bangun dan keluar pagi2. Tu pun kena marah dgn nurse tu. Bukan sengaja org tak pergi, dahtu apa fx dia kat department hospital tu ???

Takpe sis..kalau mcm tu sis pantau keadaan diri dkt rumah je..kena cek selalu oksigen..ambil ubat yg boleh mkn utk ibu mngndung..sy pun pregnnt 19 week, positif covid hari ke-4..nak pergi cac mmg xlarat sy pergi klinik je

sy pon +ve covid haritu pregnant 4 bln. check biasa jer kat klinik sbb nak ambik ubat. skrg hospital memang x check details sangat and xde masuk hospital selagi gejala x teruk.