4 month pregnant positive covid

Hi saya just nak share pengalaman and bertanya sikit. 11/3 dapat tahu +ve covid. Sepatutnya ibu mengandung mmg terus pergi cac untuk penilaian kesihatan kan, tapi semalam baru pergi. Tapi saya sedikit kecewa + marah dengan petugas hospital tu. Ada ke patut dia suruh saya balik. Dia cakap “dah positive buat apa datang”. Sumpah hampir bertekak kat kaunter saringan tu. Then saya igt ke, masa dapat rawatan elok la sikit kan. Tak jugak, dia check macam biasa check kat rumah, tekanan darah oksigen macam tu je. Masa check pernafasan mmg saya tak lepas tarik panjang. Then dia just pakai tekan2 perut saya sikit2. Pastu tak cakap apa2 datng balik bagi ubat. Itu aja. Macam tu ke buat penilaian sebenarnya? Takde check darah ke apa. Mmg cara check gitu2 macam tu boleh tahu keadaan kesihatan kita dengan baby ke? Macam mana nak buat report? Layanan sungguh teruk bagi saya#firstbaby #pregnancy #ingintahu

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

sama juga dgn penagalaman saya... tunggu lebih 1 jam kat CAC kerana mereka siapa cepat dia serbu dulu, x beratur betul betul... pas tu, tunggu lebih 1 jam, angkat bp, suhu, oxygen jer, masa tu saya dah 37+4minggu dah, mereka kasi saya surat quarantine pastu suruh balik jer, ubat apa pun tak ada sbb tak boleh makan... skrg CAC tak peduli dah... kira kena jaga diri sendiri...

Baca lagi