4 month pregnant positive covid

Hi saya just nak share pengalaman and bertanya sikit. 11/3 dapat tahu +ve covid. Sepatutnya ibu mengandung mmg terus pergi cac untuk penilaian kesihatan kan, tapi semalam baru pergi. Tapi saya sedikit kecewa + marah dengan petugas hospital tu. Ada ke patut dia suruh saya balik. Dia cakap “dah positive buat apa datang”. Sumpah hampir bertekak kat kaunter saringan tu. Then saya igt ke, masa dapat rawatan elok la sikit kan. Tak jugak, dia check macam biasa check kat rumah, tekanan darah oksigen macam tu je. Masa check pernafasan mmg saya tak lepas tarik panjang. Then dia just pakai tekan2 perut saya sikit2. Pastu tak cakap apa2 datng balik bagi ubat. Itu aja. Macam tu ke buat penilaian sebenarnya? Takde check darah ke apa. Mmg cara check gitu2 macam tu boleh tahu keadaan kesihatan kita dengan baby ke? Macam mana nak buat report? Layanan sungguh teruk bagi saya#firstbaby #pregnancy #ingintahu

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis saya pon baru lepas habis kuarantin di rumah selama 7 hari. Jumaat lepas baru habis. Kandungan 28 weeks baru dpt positif covid. Saya dah pegi buat ujian saringan kat KK dan dorang akan update dalam system yg kita high risk sbb mengandung dan saya takde symptom yg teruk setakat sakit tekak saja. Sbb tu dorang suruh kuarantin di rumah sahaja. Bagi yg kene kuarantin di CAC bagi yg symptom teruk sahaja macam sepupu saya dia demam mengigil dan baby tak gerak mcm sebelum ni. So dia dihntar ke hosp dan diwarded skli dia sana. Cukup update kesihatan dan symptom di apps mysejahtera saja untuk pemantauan dorang. Selalu check oxygen jangan kurang dari 95. If kurang sis perlu pergi ke emergency hosp terus, then doktor ada ckp kalau jantung laju atau sesak nafas baru ke emergency. So far alhamdulillah saya takde teruk. Cuma dua hari lepas pada sakit tekak baru ada kahak dan batuk sikit. Skrg dah sihat cuma tggal saki baki mcm pernafasan agak sangkut sikit tak mcm sbelum ni. Ada perubahan lepas pada kene covid. Apa2 pon moga kita semua dilindungi Allah SWT dari wabak penyakit ini amin🤲🏻❤️

Baca lagi