IbuBapa / Pasangan

Hi . saya nak share cerita dan tanya pendapat semua wanita😊 , baby saya dah usia 7bln lebih dan parents baru tau saya pregnant tanpa suami . saya pregnant lambat jugak tahu dalam usia 5bln lebih . saya lambat tahu saya pregnant sbb slalu fikir positif yang saya memang slalu period lambat 3bln-4bln sekali . 1 tahun lepas saya dan pasangan memang bagitau parent nak berkahwin tapi parent tak setuju dan tak merestui hubungan saya dan pasangan atas sebab sebab tertentu (tapi bukan ini sebab utama saya pregnant tanpa suami) ☺️ . Jadi selepas parent saya tahu saya pregnant dia sangat malu sebab kakak saya yang pertama pernah berkahwin dan bercerai 3kali , kakak kedua pernah berkahwin 2 kali . dan kalini saya pula nak berkahwin kerana pregnant anak luar . parents bagitau dia taknak hadir dalam majlis akad nikah saya dan menyuruh wali hakim untuk menjadi wali saya . jadi , saya berfikir sepuas2 nya siapa yang perlu saya lebihkan ? ibu bapa , anak dalam perut atau pasangan saya . jika saya pilih ibu bapa saya , saya perlu bagi anak ni dengan orang luar dan buat seolah olah ia tidak wujud , dan saya perlu berpantang jauh dari keluarga sebelum bayi diberi dgn org lain sedangkan setiap barangan yang saya sudah beli utk baby tu ada disetiap sudut bilik saya ni .😭 jika saya pilih pasangan dan anak saya , saya perlu kahwin berwalikan hakim dan taktau adakah sempat nak kahwin sbelum saya beranak . sebab prosuder nya mesti banyak . jika saya pilih tetap utk berkahwin seolah saya membangkang keluarga saya seperti mana mereka memberitahu saya . saya buntu yang teramat , setiap hari setiap jam kepala saya berat fikir tentang ini . saya sayang anak saya walaupun masih dalam perut . saya sayang ibu bapa saya jugak . saya pun sayang pasangan saya sebab walaulun dia tiada harta mcm lelaki lain tapi dia tetap nak tanggungjawab selepas tahu saya pregnant dan tidak pernah angkat tangan pun dgn saya walaupun kami melakukan hal hal yang teruk ni . Boleh ke kalau saya dapatkan pendapat dan nasihat dari ibu bapa yang disini jika saya layak utk terima nasihat 😮‍💨 #bantujawab #SeriusTanya #anakluarnikah

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

maaf sekadar berkongsi pendapat saya. setiap dari kita tak lepas dari melakukan silap. buatlah solat taubat dan solat istikharah mohon petunjuk. bagi saya , kalau betul pasangan awak nak bertanggungjawab , teruskan dengan pernikahan tu. halalkan hubungan awak. prosedur kahwin sememangnya banyak lagi² kalau melibatkan wali hakim , tapi ingat tiada yang mustahil kalau Allah nak benda tu jadi mudah. serahkan semuanya pada Allah. berpisah dengan anak yang kita kandung ni tak mudah , anak tiada dosa. cukup dengan dosa yang kita lakukan. soal parents awak, doa banyak2 supaya lembut hati mereka terima awak dan pasangan nanti. ujian Allah untuk kita semua berbeza. cukup sekali kesilapan yang kita lakukan jangan ulangi. sayangi anak awak , pasangan awak kerana Allah. perbaiki hubungan dengan Allah. awak beruntung pasangan nak bertanggungjawab dan Allah rezeki kan anak dalam rahim awak. jaga amanah Allah sebaiknya. saya doakan awak dan pasangan dipermudahkan segala urusan perkahwinan, mudah urusan untuk melahirkan nanti. insya Allah. hugs dari jauh 💪💪

Baca lagi
4mo ago

Saya owner kepada posting ni . saya terima kasih dengan mommies yang bagi nasihat yg positif untuk kekalkan emosi baik dalam diri saya . update sekarang family saya semua terima keadaan saya dan akan berkahwin minggu ini . terima kasih mommies yang mendoakan saya❤️