Nasihat untuk para ibu hamil! SILA BACA
Saya minta maaf andai ada yg terasa. Tapi para ibu hamil, boleh tak jangan post gambar baby bump? Sebab dlm ni bukan wanita shj yg ada. Apps ni umum. Lelaki, perempuan, orang sangap dgn badan ibu hamil pun ada. Saya mohon ya. Takut gambar anda disalah guna. Gambar alat sulit baby pun jangan post. Pedo ramai sekarang. Kalau ada bengkak ke atau luka di alat sulit baby, segeralah berjumpa doktor sbb kalau anda tanya dlm ni pun tak ada doktor dpt mengesahkan. Kalau ada doktor sekalipun, ianya salah dari segi perubatan memberi nasihat tanpa berjumpa pesakit secara berdepan. Dengarlah nasihat saya untuk kebaikan anda. Semoga ibu dan baby sihat walafiat ya. Satu lagi, saya ada terbaca ramai yg kena scam dgn orang yg kata nak bantu orang susah dgn bagi susu dan pampers percuma & mereka perlu bayar duit postage sahaja. Kemudian hilangkan diri. Sedih saya baca luahan hati ibu2 tu. Mohon lepas ni anda berhati-hati. Masih ramai yg mengambil kesempatan dlm kesulitan orang lain. Saya harap anda kuat dan dimurahkan rezeki ya. Assalamualaikum.