Sekadar peringatan...

Hi. Saya new user TAP (nak kata new user pun, dah setahun lebih guna 😅) Cuma nak beringat² pada semua.. kalau ada nampak post² berkaitan dgn hal bilik tidur suami isteri mohon semua tak perlu menjawab dengan detail pengalaman anda, atau lebih baik abaikan shj atau hide dan lapor je pengguna. Sebab boleh jadi yg post tu BUKAN PEREMPUAN yang nak bertanya pun. Faham² sendiri maksud saya. Bila saya baca komen kat ramai yg komen tentang pengalaman sendiri yg tak sepatutnya diceritakan umum. Paling penting, jagalah maruah anda dan keluarga anda dimana anda berada dan siapa pun anda. Baru² ni saya ada block user kerana satu post hal bilik tidur. Kemudian bbrp hari lpstu bila saya nampak lg post berkaitan macamtu saya nak tekan dan block. Tapi saya tak dapat lgsg tekan utk buka post tu. Mungkin post ni dari orang yg sama telah saya block, sbb tu saya tak dapat bukak. Jadi yg bertanya ni sebenarnya cuma suka². Anda lebih bijak menilai post yg PERLU dijawab dan TIDAK PERLU untuk dijawab. Berhati hati lah kaum wanita sekalian.. #bantusharing

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Betul tu. Nak jawab tak salah. Tapi seeloknya guna lah anonymous. Jangan guna nama sendiri. Sebab, dahlah you cerita detail pasal hal bilik tidur, guna pulak nama sendiri. Tak pasal2 kena stalk dengan laki gatal. Ada tegur user haritu. Ehh dia marah2 org pula. Dia kata kalau pasal laki gatal, kat luar pun ada laki gatal. Kat luar memang tak dinafikan ada laki gatal. Kat alam Internet ni tak payah lah nak attract laki gatal stalk you. Ehh cane eh nak explain?? Hahahha just beringat lah. Jangan attract benda jahat.

Baca lagi
6mo ago

Yuppp.. Itu lah pasal. Tp akan ada org yg takkan pernah terpikir pasal benda mcm ni. Tak berjaga2. Kita tegur elok2 pun kena sound hmmm

betul. kadang soalan tu, mustahil org perempuan tanya soalan yg tak masuk akal. cara bertanya macam orang lelaki. sy pernah tegur, lagi kena marah 🤣

alhamdulillah tak pernah jumpa lagi post jenis mcm ni di TAP ni. selalu jumpa di english forum. selalunya kalau mcm tu saya sound je dia.

setuju, yg share gambar scan sensitive part anak pun tak beringat kesian anak dr dlm rahim pun dah jd mangsa pedo

VIP Member

Ya betul, baru ni nampak soalan tu. Dan nampak user perempuan jawab tanpa segan silu. Tak buat anon plak tu 🥲

Mmg tak perlu cerita details pn hal dlm kelambu. Jaga lah maruah para isteri sekalian.

Alhamdulillah sy tetiap hari bkk xde lg la tbaca post2 bkaitan hal dlm kain

Saya selagi dia guna anonymous saya tak kisah sangat..

stkt ni ok je

betul tu puan 😊