Calon #tAPMYcares

Saya merasakan sahabat saya, Khalida amat layak untuk memenangi sebuah carseat kerana beliau adalah seorang ibu dan juga pelajar sepenuh masa di UKM. Sungguhpun sibuk, beliau sanggup untuk berkorban masa dan tenaga demi yg terbaik untuk anaknya. Beliau berjaya menyusu badan dan memberikan makanan serba sihat yang dimasak sendiri untuk anaknya yang tercinta! Beliau juga aktif di media sosial sebagai “healhty baby foods advocate”. Sudah ramai ibu bapa muda yang terinspirasi dengan hasil usaha beliau membesarkan anak beliau. Bayangkan betapa peritnya untuk beliau membahagikan masa antara kuliah, anak, isteri dan aktiviti berkongsi ilmu untuk kebaikan masyarakat Malaysia. Pelbagai rintangan dan cabaran telah beliau hadapi dan antara yg utama susah pastilah cabaran kewangan. Kita sedia maklum belajar di universiti amatlah meuntut perbelanjaan yg besar. Tambahan pula dengan seorang anak kecil, ianya pasti memberi cabaran yang amat besar buat beliau. Sudah lama beliau menabung dan kadang kala menyertai pelbagai peraduan untuk memenangi hadiar car seat namun masih belum rezeki . ? Jadi saya amat amat berharap melalui #tAPMYcares ini, impian beliau untuk memastikan anak beliau selamat terjaga di jalan raya menjadi realiti!

Calon #tAPMYcares
2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

👍👍👍

Super Mum

👌👍💕