Bolehkah saya makan nenas?kandungn 5w

Saya mengidam.. br 5w#pleasehelp

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh baca penerangan doctor imelda balchin pakar o&g. perenggan last sekali Soalan: "Prof Imelda, semasa hamil ada pantang-larangnya ke?" Jawapannya: Ada. Mai chek nak habaq, inilah nasihat dari Prof Imelda, apa yang ibu hamil tak boleh ambil: 1) Minuman beralkohol, tidak kira apa jenis, walaupun kandungan alkohol yang hanya sedikit, termasuklah tapai dan tapai pulut. Alkohol boleh menyebabkan keguguran, kecacatan pembentukan janin dan kerosakan otak janin, walaupun ia hanya sedikit dan tidak memabukkan ibu hamil. 2) Jangan merokok, vape, hisap ganja, penyalahgunaan dadah sebab ini boleh memudaratkan kesihatan ibu hamil dan janin di dalam kandungan. Elakkan menyedut asap rokok yang dihembus keluar oleh orang lain, iaitu secondhand smoke. 3) Makanan atau minuman yang ibu hamil sendiri ada allergy atau alahan. 4) Ubat tahan sakit yang mengandungi NSAIDs seperti aspirin berdos biasa 300mg (tetapi aspirin berdos rendah 75mg hingga 150mg seperti cardiprin adalah selamat), ibuprofen, voltaren, sodium valproate, ponstan, mefenamic acid, naproxen, nurofen, salicylic acid, salicylate, diclofenac, indomethacin, sebab ini boleh mengganggu kesihatan buah pinggang janin di dalam kandungan dan boleh mengurangkan air ketuban. 5) Elak ubat sapu atau minyak sapu yang memanaskan badan sebab ini juga mengandungi methyl-salicylate iaitu salah satu ubat NSADs, seperti di dalam tiger balm, deep heat, minyak angin. Bila digunakan, ia boleh menyerap masuk ke dalam kulit ke dalam darah. Bila digunakan sedikit saja mungkin tidak memudaratkan tetapi lebih baik elakkannya. 6) Untuk penjagaan kulit atau skincare, jika ia adakah skin scrub atau skrub kulit yang mengandungi salicylic acid atau salicylate, elakkannya. Jika ia di dalam bentuk pencuci muka tanpa scrub, boleh digunakan jika berdos kecil, iaitu kurang dari 2%. Jika anda tidak pasti apakah dos salicylate di dalam pencuci muka atau krim muka, lebih baik elakkan mana-mana yang ada bahan ini. 7) Ubat-ubatan yang dibeli sendiri tanpa nasihat doktor. Jangan beli ubat-ubat sendiri. Datang berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat tentang ubat-ubatan semasa hamil. 8)Produk-produk, jus-jus, yang dijual oleh penjual-penjual dengan tuntutan overclaim memutihkan kulit baby di dalam kandungan, menaikkan darah merah Hb, menghilangkan alahan, menghilangkan jerawat, memberi tenaga, mengawal kencing manis, mengurangkan keputihan, memberi tenaga dan pelbagai-bagai jenis overclaim untuk kesihatan ibu mengandung. Jangan terpedaya dengan produk overclaim mengarut-ngarut. 9) Produk penjagaan kulit (skincare) yang memutihkan kulit atau melambatkan penuaan kulit yang mengandungi merkuri. Ini ialah bahan terlarang yang boleh meresap ke dalam darah dan boleh memudaratkan kesihatan ibu dan merosakkan pembentukan otak janin. Sila baca label apakah bahan kandungannya. Jika ada perkataan seperti mercurous chloride, calomel, mercuric, mercurio, mercury, jangan gunakan produk kulit ini. Jika produk skincare memutihkan kulit atau anti-ageing yang dijual itu tiada label apakah bahan kandungannya maka janganlah beli. 10) Elakkan ikan laut dalam besar-besar yang tinggi pencemaran mercuri seperti ikan jerung (shark), ikan todak (swordfish), ikan marlin, ikan king mackerel, ikan barramundi, ikan tuna besar seperti bluefin tuna, bigeye tuna. Sebabnya ialah ikan besar-besar ini hidup dengan lebih lama di laut dalam dan boleh mengumpul pencemaran merkuri di dalam badan. Makanlah ikan-ikan kecil yang lebih selamat seperti udang, sotong, ketam, salmon, ikan bilis, ikan kembung, ikan selayang, ikan keli, ikan siakap, ikan tilapia, ikan sungai dan sebagainya. 11) Telur mentah, ikan mentah, ayam mentah, daging mentah dan susu mentah. Elakkan ayam atau telur mentah atau separuh masak untuk mencegah keracunan salmonella. Elakkan daging tak masak betul untuk mencegah jangkitan toxoplasma. Elakkan ikan tidak dimasak termasuk sushi atau oyster mentah untuk mengelakkan keracunan makanan. Elakkan susu kambing mentah atau susu lembu mentah yang baru diperah jika tidak dimasak sehingga mendidih untuk mengelakkan jangkitan Listeria, Brucella, Campylobacter, Cryptosporidium, E. Coli dan Salmonella. 12) Jangan ambil vitamin A berdos tinggi sebab ini boleh menyebabkan kecacatan pembentukan janin. Ini termasuklah ubat jerawat seperti retinoic acid. Jangan ambil multivitamin suplimen yang bukan dirumuskan untuk kehamilan. Multivitamin suplimen biasa, ada yang mengandungi dos Vitamin A yang terlalu tinggi maka lebih selamat tukar ke multivitamin yang dibuat khusus untuk wanita hamil. Elakkan memakan hati lembu, sebab ini juga tinggi dengan vitamin A. Orang Eropah suka makan pate yang diperbuat dari hati lembu, maka saya nasihatkan elakkan ini semasa hamil juga. 13) Elakkan megadose Vitamin C (2000mg Vitamin C sehari ke atas ialah overdos atau megados) atau apa-apa supplement tambahan berlebihan yang anda tidak perlu tanpa nasihat doktor. 14) Elakkan pengambilan caffeine melebihi 200mg sehari, sebab ini boleh menyebabkan keguguran dan masalah pembesaran janin. Caffeine boleh didapati di di dalam kopi, teh, koko, cokelat. 15) Jangan ‘makan untuk DUA’ atau makan berlebihan, sebab berat badan anda boleh naik dengan mendadak semasa hamil dan boleh meningkatkan risiko diabetes semasa hamil, tekanan darah tinggi semasa hamil, janin menjadi terlalu besar atau bahu tersangkut semasa kelahiran bayi (shoulder dystocia). 16) Elakkan ais yang dibuat dari air tidak bersih atau air paip yang tidak dimasak atau air paip yang tidak ditapis. Lebih baik jangan minum ais dari gerai tepi jalan termasuk ais kacang, dan ambil ais yang anda pasti dibuat oleh air bersih atau dibuat sendiri. 17) Elakkan makanan tidak sihat seperti makanan tinggi gula, tinggi garam, tinggi pengawet, makanan berproses, jajan, air manis penuh gula. 18) Ramai juga bertanya tentang pewarnaan rambut semasa hamil. Tidak ada cukup data dari kajian perubatan untuk membuktikan ia memudaratkan kesihatan janin di dalam kandungan, tetapi nasihat yang terbaik ialah elakkannya pada 3 bulan pertama kehamilan sebab inilah masanya organ-organ janin membentuk. Tak payahlah pantang buah-buahan segar semulajadi yang berkhasiat dan ada kebaikan serat buah. Jangan takut makan buah nenas, minum air kelapa, air tebu, buah betik, buah durian, buah tembikai selagi anda tiada allergy atau alahan dan anda bersederhana. Tak payahlah pantang minum air sejuk berais selagi anda gunakan ais yang diperbuat dari air bersih dan bukan air manis yang tinggi kandungan gula berproses. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Professor (Clinical) KPJ Healthcare University Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in preterm birth prevention MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Founder of Cervical Insufficiency Society Malaysia Marathon runner

Baca lagi
Post reply image

saya ada baca artikel, nenas ni sangat bagus utk kandungan ibu hamil. cumanya sebab ada satu bahan dlm nenas ni jadi tk digalakkan makan byk. makan setengah biji pun boleh. tp pd sy better ambil lagi sikit dari tu. sbb kita tak tau kn kita boleh tahan ke tk

awal lagi tuh elakkan dlu saya nie nak mkn pon tkot sbb anak first saya bnyakkan redho demi anak walaupun fv saya 😭tkot ppe terjadi x dpt mkn xpe sbb mengidam xdelah smpai nk meroyan x dpt mkn nnti dpt mkn jugak dh hbis pntang 🥹

Sy dulu kandungan dah 7 bulan bru makan nenas tu pun nenas madu lah.. sy x kisah org cakap tu mitos ke doc cakap blh makan ke yg menanggung nya badan kita bukan dorang.. hrp x kena kecam la ngn pendapat sy ni🫢🫢🫢

sy suka nenas. tp makan yg dh masak ranum tu. nenas md2 yg manis.. tp awl2 pregnant xmakan lg. dh masuk belas2 week gitu bru start makan. kuantiti berpada2, sebiji tu 3hari makan bru habis.. stakat ni oky dgn badan.

kalau awak follow page fb doctor imelda balchin. doctor ada bg penerangan pasal nenas. awak boleh search dkt sana. apa2 yg awak mkn jgn secara berlebihan sahaja. mkn sekadar menghilang rasa mengidam

sebaiknya elakkan dulu lah. nenas tak elok.. sy dh masuk 16minggu baru berani nak try sikit², tu pun mkn utk rasa² je

makan sikit jalah buat lepas mengidam as long as takdak allergic, in shaa Allah.

Tahanlah wak. Tak payah ikot sgt mengidam tu. Risau apa2 jadi nyesal xsudah

awal sgt sis.. tunggu masuk 3 4 bulan. baru try. awal2 ni jaga dulu.