STRESS SELEPAS CZER

Saya masih dalam pantang lepas czer. Tapi, saya cuba buat kerja rumah yang simple2 sebab nak elak rase bersalah. Tapi suami selalu anggap yang saya dah fully sihat. Kadang, saya baru baring dengan susah payah nye tibe2 suruh ambik itu suruh buat ini sedangkan dia sibuk main phone. Dia tak memakse saya buat kerja rumah tapi kadang soalan tu menyakitkan hati lebih - lebih waktu dalam pantang nie. Balik kerja, tanya kenapa tak vaccum, kenapa rumah berhabuk. Memang saya menjawab tiap soalan tu. Tapi sampai bila. Kadang saya marah diri sendiri sebab lembik sangat tak boleh nak buat itu ini. Semua nak kene harapkan org sepanjang tempoh pantang ni. Saya demotivated. Bantu saye mommy 😢

36 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tak perlu rasa bersalah sis kalau tak buat keja rumah.. bila dia nampak sis boleh buat kerja, so dia akan anggap sis dh okay.. Sedangkan waktu pantang ni lah masanya utk dia layan sis.. kalau dia minta tolong, cakap maaf bang, sy tak larat. Cakap je jahitan sy sakit.. Jangan smpai tempat luka sis berair bernanah sis.. tak semestinya kalau jahitan luar dah cantik, semuanya dh okay.. no.. dalaman kita tak tahu lg.. Dont stress out yourself.. bila awak stress, nnti lg sakit, susu pun taknak keluar.. take care ye sis..

Baca lagi