STRESS SELEPAS CZER

Saya masih dalam pantang lepas czer. Tapi, saya cuba buat kerja rumah yang simple2 sebab nak elak rase bersalah. Tapi suami selalu anggap yang saya dah fully sihat. Kadang, saya baru baring dengan susah payah nye tibe2 suruh ambik itu suruh buat ini sedangkan dia sibuk main phone. Dia tak memakse saya buat kerja rumah tapi kadang soalan tu menyakitkan hati lebih - lebih waktu dalam pantang nie. Balik kerja, tanya kenapa tak vaccum, kenapa rumah berhabuk. Memang saya menjawab tiap soalan tu. Tapi sampai bila. Kadang saya marah diri sendiri sebab lembik sangat tak boleh nak buat itu ini. Semua nak kene harapkan org sepanjang tempoh pantang ni. Saya demotivated. Bantu saye mommy 😢

36 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Terima kasih sangat pada ibu-ibu yang beri semangat dan nasihat. Sangat bermakne untuk saya sebab saya baru kehilangan anak sebab ectopic pregnancy. Insyallah saya masih cuba control emosi. Doakan saya ye.