STRESS SELEPAS CZER

Saya masih dalam pantang lepas czer. Tapi, saya cuba buat kerja rumah yang simple2 sebab nak elak rase bersalah. Tapi suami selalu anggap yang saya dah fully sihat. Kadang, saya baru baring dengan susah payah nye tibe2 suruh ambik itu suruh buat ini sedangkan dia sibuk main phone. Dia tak memakse saya buat kerja rumah tapi kadang soalan tu menyakitkan hati lebih - lebih waktu dalam pantang nie. Balik kerja, tanya kenapa tak vaccum, kenapa rumah berhabuk. Memang saya menjawab tiap soalan tu. Tapi sampai bila. Kadang saya marah diri sendiri sebab lembik sangat tak boleh nak buat itu ini. Semua nak kene harapkan org sepanjang tempoh pantang ni. Saya demotivated. Bantu saye mommy 😢

36 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Bersalin czer ni mmg lambat nak baik ye, nurse sendiri cakap, menyapu pun tak boleh selama beberapa bulan sbb risau jahitan terbuka blk bila kita terlampau tertunduk2 tu. Pengalaman adik sy sendiri, disebabkan terlampau buat kerja masa dlm pantang, takde siapa yg membantu, sudahnya meroyan & peranakan jatuh, peranakan dia juga selalu bengkak sejak beberapa thn yg lepas. Anak bongsu dia dah 9thn, tp peranakan dia still selalu sakit kdg2 sampai tak boleh bangun. Dia dah cuba berurut apa semua, tp mmg peranakan dia dah problem, mungkin kena operation. So jagalah diri masa dlm pantang, jgn paksa diri utk buat kerja sgt, suami pun kena faham juga, czer tu bukan operate kecik2 ya, takkan itu pun tak boleh nak faham 🥹 sedihhlah mcm tu..

Baca lagi