Folic acid

Saya makan folic acid shj dari trimester pertama smpai hampir nk masuk trimester ketiga.. Tak apa ke kalau hanya ambil folic acid tanpa vitamin lain? Ada effect apa2 tak kat baby?

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, selain folic acid, wanita hamil turut memerlukan suplemen lain seperti zat besi dan vitamin B. Kebiasaannya vitamin-vitamin ini akan dibekalkan mengikut keperluan anda setiap kali temujanji pemeriksaan antenatal di klinik. Vitamin-vitamin ini semua ada fungsinya, seperti folic acid untuk pembentukan otak dan saraf tunjang, zat besi untuk memastikan paras hemoglobin dan darah merah yang baik, dan vitamin B6 dan B12 untuk perkembangan saraf bayi. Sila rujuk kepada doktor anda untuk maklumat lanjut tentang vitamin ini. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi