Upt ni boleh percaya ke

Saya lewat period 1 hari lepqstu hari ni bleeding warna coklat sikit je perut tak sikit pun lepastu tadi saya buat upt ni jenama porsure beli kat eco hasilnye positif.. boleh percaya ke upt ni..

Upt ni boleh percaya ke
13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

A Positive urine pregnancy test in a woman who has missed a period is diagnostic of a pregnancy. There is no indication for a routine early pregnancy scan ‘to confirm a pregnancy.’ Sebagai seorang guru perubatan, saya selalu membetulkan kesalahfahaman ini di kalangan pelajar perubatan dan ibu-ibu hamil. Jika seorang wanita membuat ujian pregnancy test air kencing kerana HAID TIDAK DATANG, dan keputusannya POSITIF, maka inilah pengesahan atau diagnosis kehamilan. Ujian pregnancy test ke atas air kencing yang anda beli dari farmasi itu tepat dalam 99.9% wanita. Anda tidak perlu ultrasound scan untuk membuat diagnosis kehamilan atau pengesahan kehamilan. UPT boleh menjadi positif seawal 7 hari selepas persenyawaan, iaitu sebelum pun haid anda dijangka datang, anda boleh mendapat UPT yang positif. Pada masa awal kehamilan, sejurus ujian UPT menjadi positif, ultrasound tidak boleh nampak atau mengesan kehamilan ini. Kalau belum nampak dalam Ultrasound, ini tidak bermakna anda tidak hamil. Walaupun tak nampak dalam ultrasound, jika UPT anda positif, maka anda masih disahkan HAMIL. Sebab Ultrasound tidak digunakan untuk diagnosis atau pengesahan kehamilan. Masa yang terbaik untuk membuat Ultrasound scan yang PERTAMA ialah di antara 11 minggu dan 14 minggu kehamilan. Inilah masa terbaik untuk mengesahkan tarikh EDD yang paling tepat, selain daripada memastikan tempurung kepala janin sudah terbentuk (iaitu tiada anencephaly), jika kembar untuk memastikan berapa kantung dan berapa uri, dan melihat jika ada kecacatan yang serious yang tak boleh di lihat dalam scan yang terlalu awal. Jadi, ibu-ibu hamil tidak perlu diberikan temujanji untuk ultrasound sebelum 11 minggu kehamilan (iaitu 11 minggu dari hari pertama haid yang terakhir). Pengecualiannya untuk ultrasound scan di awal kehamilan hanyalah EMPAT: Pertama ialah wanita yang mendapat pendarahan, walaupun hanya sedikit, atau kesakitan di bahagian abdomen. Ultrasound wajib dijalankan untuk memastikan kehamilan itu bukan kehamilan di luar rahim, dan untuk mengesahkan keguguran. Kedua ialah wanita yang berisiko tinggi mendapat kehamilan di luar rahim, walaupun tiada pendarahan atau kesakitan. Contohnya wanita yang pernah mendapat kehamilan di luar rahim, wanita yang pernah disahkan tubenya tersumbat atau pernah mengikat tube (iaitu bilateral tubal ligation), atau wanita yang ada IUCD di dalam rahim tetapi hamil juga. Ultrasound scan ini pun tak dibuat terlalu awal, kita buat bila 6 minggu kehamilan, bukannya bila UPT positif sebab dua hari tak datang haid kemudian terus buat scan. Ketiga ialah wanita yang mendapat muntah-muntah teruk, dan kita buat ultrasound scan untuk memastikan tiada masalah seperti molar pregnancy. Keempat ialah ultrasound boleh dijalankan lebih awal bagi wanita yang tidak pasti bila tarikh haid yang terakhir dan ada kemungkinan kehamilan itu sudah lebih lanjut dari yang dijangka. ———————————————————————- Tetapi masalahnya, ramai wanita lain yang tiada empat masalah di atas sangka mereka perlu mendapat pengesahan kehamilan melalui ultrasound dan tidak faham mengapa bidan dan doktor di Klinik Kesihatan atau Hospital kerajaan tidak memberi perkhidmatan scan yang awal. Satu kesalahfahaman. Anda tak perlu Ultrasound scan sebelum 11 minggu jika tiada masalah kehamilan, dan tiada sebab. Wanita-wanita ini yang tidak tahu kenapa akan pergi juga meminta scan dari klinik swasta. Kalau anda pergi ke klinik swasta dan meminta scan, anda akan mendapat permintaan anda walaupun anda tidak perlukannya sebab anda akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan itu. Sekarang ramai wanita tanya saya, “Saya pi buat scan tapi tak nampak kantung, risau pulak, risau, risau, takut, risau!!!!!!!!!!!!.” Ini lah sebabnya kami tak akan jemput anda buat scan pada awal kehamilan tanpa sebab yang munasabah. Buat scan awal-awal tanpa sebab, jadi macam ni laaaa. Risau Risau Risau. Hangpa pi buat scan awai-awai sapa suruh? Kami tidak mahu membimbangkan ibu-ibu kami pada awal kehamilan. Ada 3 sebab kenapa anda tidak nampak kantung janin walaupun UPT positif: 1) Kehamilan yang terlalu awal untuk dikesan. 2) Kehamilan yang tidak menjadi, atau keguguran semulajadi yang awal, maka anda akan mendapat haid tidak lama lagi kerana kehamilan ini tidak akan diteruskan. 3) Kehamilan di luar rahim. Jika anda buat ultrasound scan sebab kesakitan atau pendarahan, maka kita akan berasa sangsi bahawa ini mungkin keguguran atau kehamilan di luar rahim. Jika tiada kelihatan kantung dalam rahim, kami akan membuat ujian darah BhCG untuk mengkaji bacaan hormon kehamilan ini, dan kemudian diulang semula selepas 48 jam. Jika bacaan hormon BhCG jatuh selepas 48 jam, dan kemudian terus jatuh selepas lagi 48 jam sehingga UPT menjadi negatif, maka kita tahu ini ialah keguguran. Jika hormon BhCG bertambah dua kali ganda selepas 48 jam, maka ada kemungkinan ini ialah kehamilan awal di dalam rahim dan kehamilan ini masih berterusan walaupun ada kesakitan dan pendarahan. Kami akan pantau sehingga nampak kantung dalam rahim pada minggu yang berikutnya. Jika kami mengeshaki kehamilan di luar rahim kami akan menasihatkan rawatan supaya kehamilan ini tidak diteruskan, sebab ini membahayakan nyawa ibu. Tetapi, jika anda pi buat ultrasound scan TANPA APA-APA SEBAB pada awal kehamilan dan tak nampak kantung dalam rahim, saya akan kata, anda boleh balik rumah selagi anda tiada masalah, tak payah buat apa-apa, kita hanya perlu ulang scan lagi seminggu atau dua minggu sehingga nampak kantung. Dalam masa seminggu dua ini lah anda akan tepuk dahi anda sendiri, kenapa lah anda pi buat scan awal-awal sangat tanpa sebab sampai merisaukan diri anda sendiri saja, tak boleh tidur tak boleh makan sebab RISAU DUA MINGGU. Tiada manfaat membuat scan terlalu awal. Lepas tu kena scan semula sebab ibu sudah risau. Lepas tu, jangan lupa ya, datang balik untuk ultrasound scan diantara 11-14 minggu. Jangan tak datang pulak dah 🤦🏻‍♀️ Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrik & Gynekologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Baca lagi

Klau sis rasa mcm tak percaya..cuba beli upt yng jenis lain..sama tak klur dua Line..saya ada guna jugk upt MCM tu rasa tak percaya saya tukar test lain..atu pon pergi Klink buat ujian kncing senang tu yng btul² sah,test kncing hntr dkt makmal..saya hari tu selang seminggu je dah pregnant, period Bharu berhenti 4 hari je..bulan dua,selang seminggu dh mngndung.. doktor pon MCM tak percaya..doc ckp selalu nya klu nk sah kn mngndung ni ambik masa lama sikit dlm sebulan..MCM tu.tapi awk Bharu habis period bulan ni hujung bulan ni dh prangnancy..tpi skrg..saya dh 36weeks3days dah..doa kan saya di permudahkan proses bersalin berjalan dengan lancar aminn...🤲🤰🥰

Baca lagi
2y ago

Saya dah guna dip n tell hasilnye positive

saya ada guna jugk test prangnancy yng MCM tu..klu rasa mcm tak percaya cuba bli test yng satu g..sama tak klur dua Line..klu sama..masih jugk tak puas hati pergi klinik buat ujian kncing bgi thu doktor saya saya ada buat ujian upt tpi ada dua Line..nk sah kn check dkt makmal klinik..saya hari tu dktr pon MCM tak percaya saya Bharu je habis period bulan dua..selang seminggu je test dekat klinik ujian kncing.. mengatakan dlm ujian kertas saya mngndung.. doktor pon terkjut..Bharu je awk hbis period..bulan ni,selang seminggu je awk dh prangnancy..saya Bharu habis period selama 4 hari je..dh prangnancy.🥰

Baca lagi
2y ago

klu positif tu,tahniah sis..👏🤰🤭😁

X mustahil pun sis. Sy pun ada guna UPT jenis tu, sampai 3 jenis sy try. First sehari sblm period mcm xcaye double line sbb masih bf anak first, lps tu try lagi 2 hari slps lepas tarikh period pun naik double line. Last sy try semggu dr tarikh jangkaan period. Sbb sy masih bf period x menentu boleh agak2 je cuma sy rasa lain sbb perut cramp dlm smggu jugak la tu je. Nnt sis try la lg inshallah pregnant tu 🤲🤲🤲

Baca lagi
2y ago

sy masih bf anak 1y6m & pregnant 14w skrg. ok je kalau than sbb breast agak sensitif dia akan rasa mcm ngilu sikit. Minta nasihat doktor juga, sbb ada yg xdpt sbb berlaku Braxton Hicks awal2 kandungan, kalau xdpt jgn teruskan. Sy syukur semua ok cuma breast akan ngilu je, susu pun masih ok sbb ank sy mmg xnak hisap botol susu

sy buat test gune upt beli kt eco je sis.. yg ade 3 pcs 1 pack tu.. 1st test invalid.. lpstu tak puas hati test lgi 🤣 tngk naik double line terang.. tnjuk kt husb dia tak percaya suruh test lgi skli, naik double line jgk.. sy test tngh mlm sbb asyik muntah muntah je.. skrg alhamdulillah dah 28w4d 😊

Baca lagi

Macam sy aritu 2 day lewat pastu check upt +ve. Then sy bru nak cek lpas 2 tu. Tiba2 period. So bila tanya doc. Doc cakap tu kira macam chemical pregnancy. Tapi boleh cuba lepas 3 ari awak da test tu still positive or x. 😊

2y ago

Apa2 pun kalau sis betul2 preggy. Take care ya. 😘

sis check bila ? air kencing bngun pagi lebih baik utk check guna upt..klau tak pasti upt ni cba upt lain

2y ago

Saya dah guna yg upt dip n tell hasilnye positif

Post reply image

mana² UPT betul ke result dia cuma ketepatan result je berbeza ikot brand

macam saya sis hakir nya positif Isnin depan buka buku pink sudah🤗

VIP Member

sya gne yg nilh.. beli kt eco jgak.. skng dh 21w