Dipaksa berpantang di rumah mertua

Saya lagi 6 minggu untuk due date, plan dari awal nak berpantang dengan mak sendiri sebab ni anak first, and lagi selesa dengan mak sendiri walaupun kena travel 3/4 jam balik kampung pun saya sanggup. Saya ada penyakit psoriasis/ezema satu badan and family mertua tak tahu. Takut nanti diorang geli sebab bila pantang kan tak leh sorok sorok and bilik mesti selalu dimasuk tiada privacy. Suami faham and setuju saya pantang rumah mak saya. Tiba tiba mak mentua saya nak carik confinement lady(cl) untuk jaga saya pantang rumah dia, seakan akan suruh saya berpantang dengan dia. Saya kata tak nak, sebab mak saya dah tempah cl untuk saya berurut di kampung. Alasan dia kat sana, sanalah. Sini, sini punya. Saya kata tak apa saya balik kampung terus 2/3 hari lepas keluar hospital, dia kata mana boleh, nanti sakit apa semua. Saya cakap tak apa, bukan nya nak kena travel dua tiga hari, kereta pun bukan kereta hilux nak terhentak sana sini. Tapi dia macam tak setuju, lepastu belum apa apa kata nanti orang nak mai melawat saya lepas baby lahir. Apakah? Privacy keselesaan saya macam mana, dah lah baru nak recover beranak, kena layan orang lagi. Macam mana nak handle, nak tolak mak mentua tanpa mengurris hati sesiapa? Sepatutnya dia lagi faham sebab dia berpantang dengan mak nya sendiri untuk kesemua anak anak dia.

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Beruntung sis dua2 mak berebut nak jaga sis. Sy ni mak kandung tp belum bersalin dia dah ajar2 sy dan suami nanti macamana nak handle anak dan diri sendiri masa berpantang.. cakap2 pasal persediaan makan minum sendiri dan mandikan anak sendiri. last2 sy ambik CL je untuk makan minum dan urut. Kita bukan takboleh buat sendiri. Selama ni pun dia tolong sendiri tanpa sy suruh2 pun. Ikutkan kalau dia tak tolong, sy dan suami mmg dah belajar awal cara nak hadapi pantang. Mungkin dia rasa disusahkan agaknya wlaupun selama ni sy tak pernah susahkan dia. Anak pon hantar pengasuh tak pernah hantar balik kg suruh dia jaga. Kdg sedih mak sendiri tp mcm mak tiri. Eh sori terluah cerita sy pulak dekat sini 😆🥲 Macam cerita sis ni sis bagitahu je dia 2 minggu awal nak duduk rumah mak sendiri dulu sbb mak dah ambik CL date sekian2. Bagitahu dia sis dah beli bantal untuk duduk lama dalam kereta n carseat untuk baby dah pasang untuk balik kg 😆 2 minggu selepas tu baru bagitahu nak duduk rumah mertua. Untung2 dpt CL untuk sebulan huhu

Baca lagi