Takde apa. Saja nak meluah.

- Saya kat tempat kerja ni ada 3 orang sedang mengandung. Sorang bakal bersalin disember, saya januari, sorang lagi baru 3 bulan. Hari-hari saya dibandingkan dengan yang baru 3 bulan ni. Dia alahan teruk sampai kena masuk wad. Orang lain duk bercerita la pasal keterukan alahan dia, sekali nama saya kena petik. "Awak untungla. Tak teruk pun kan.. boleh datang kerja lagi." Saya pun balas "saya punya teruk la jugak." Lepas tu dibalasnya "yela tapi takde la teruk sangat kan" Jujur cakap saya terasa hati. Saya hadap alahan tu sorang je dengan husband dan mentua saya. And padan lah dengan kesakitan saya semasa saya keguguran, kena ulang alik klinik BERSEORANGAN sebab saya PJJ dengan husband. Lebih sebulan saya tumpah darah yang banyak, dan saya masih masuk kerja. Tu pun orang cakap saya "tak teruk sangat". Saya emosi betul kena banding macam tu. Lembik-lembik saya masa tu orang boleh perlekeh macam tu je. Sebelum ni kena banding siapa paling cepat lekat, dah lekat kena banding siapa alahan paling teruk pulak. - Tak cukup lagi dibandingkan, saya nak makan-makan dengan tenang mesti ada mulut berbunyi "jangan makan banyak sangat. Nampak berisi dah tu" ya Allah.... serabutnya 🥹 saya berhak makan untuk anak saya kot kenapa nak bising bagai. Kenaikan berat badan saya masih dalam range normal kot. - yang lelaki. Saya kalau ada kudrat ni nak je sepak telur masing-masing. Saya jalan slow sikit mula lah mulut tu "orang pregnant kena jalan aktif-aktif sikit.. jogging-jogging ke" Saya nak jalan macam mana saya punya suka lah 🙄 - tak cukup dibandingkan, kena bodyshaming... saya kena dah ayat "eleh baru sekali mengandung dah penat." "Apa ni anak belum lahir dah penat" Saya taktau apa masalah kakak-kakak ni. Tahu la ada rezeki senang lekat senang mengandung, masa mengandung pun tak penat, senang beranak yada yada tapi takyah la komen macam-macam dekat orang. Bercakap macam tak pernah mengandung. Salah ke saya makin penat? Saya kena buat semua benda sorang sebab suami saya takde bersama saya. Cari makan, basuh kain, jemur kain, drive sana sini pergi hospital, wajar lah saya penat. Tapi siapa je faham benda ni?? Semua ada suami kat sebelah 😔 Jujur saya cakap emosi saya rapuh betul. Lagi-lagi bercampur dengan badan yang makin lama makin cepat penat sebab dah 3rd trimester. Selera makan pun makin lama makin drop. Saya sejak keguguran tu sampai mengandung lagi sekali pun asyik menangis je sebab emosi tak sembuh lagi. Ni dah nak beranak pun kena hadap benda yang menjentik emosi. Ikutkan jahat ni, saya taknak jemput semua sekali rakan sekerja saya untuk kenduri aqiqah. Lantak lah🤣 sebab masa saya mengandung kemain mulut masing-masing. Saya hari-hari doa supaya saya dapat pindah duduk dekat dengan suami. Saya tak tahan hadap semua ni sorang. Pregnancy is a lonely journey. Sekurang-kurangnya suami saya tak cakap benda-benda yang menyakitkan hati saya macam tu. Dia menjadi saksi segala kesakitan saya. Saya dilayan seperti princess dan dia sangat menjaga hati saya. Sorry luahan panjang. Rasa tak puas pulak lepas menangis kat bahu suami 😂 Sebab dia pun tak faham sangat.. yela dia tak mengandung kan haha

24 Balas

next time jauh kn diri dari circle yg toksik sis. sy baca luahan sis, sy plak yg geram hahah. sis senyum sinis je dkt dorg bila dorg ckp mcm2. lpstu blah..

huhu.. susah jugakkan. kalau x bercampur langsung pn xleh jgk. sbb officemate . haih. semoga dorg dpt hidayah lah. smga sis selamat jugak bersalin, dpt baby comel, sihat. nanti pantang sis try jaga makan. buat comeback. biar ternganga semua officemate sis. chayok2

awak mmg x disukai ke kt situ sbb mcm smua org toksik aje.. amalkan lah baca alfatihah n surah yusuf ayat 4

awak...thank you jg sharing..smga awak kuat okay..minta kekuatan kt Allah;)

its ok sis.. luahkn je.. owh btw, u r doing great! fighting mommy!

Thank you sis 🫶🏼🫶🏼 Doing great so far. Lega betul dapat menangis kat bahu husband and taip panjang-panjang haha

eyyy toksiknyaaa

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan