Dah perlu ke beli keperluan baby?
Saya hampir masuk 5 bulan, dah boleh start beli eh? Apa je yang penting untuk new born ya? Baby first ni banyak tak tahu. Jauh pula dengan keluarga ?

Pregnancy checklist (Penting) 1. Baju onesies (lengan pendek untuk pakai siang) - 6 - 10helai (selalu kat kedai dia jual satu pack 3/5 helai) Suggestion :- Brand H&M atau mothercare. 2. Baju onesies (lengan panjang untuk pakai siang/malam) - 5helai (beli yang dalam pack 5 helai terus senang) Suggestion :- Brand mothercare atau Uniqlo (best sebab uniqlo ada yg design macam kimono so senang nak pakai and tanggal). ** Kenapa onesies? sebab newborn berak kerap so senang nak tukar bila pakai onesies Tak apa tak ada seluar pun sebab newborn kan dibedung** 3. Baju tidur/sleepwear (tangan panjang and kaki sekali dengan booties attached) - 6pasang (biasanya satu pack 3 pasang) Suggestion :- Brand mothercare sebab tangan dia attached mitten so tak payah pakai/beli mitten asing. Brand Uniqlo pun best. 4. Mittens - 3 pasang (tak perlu banyak kalau dah beli sleepwear yg attached mittens tu. Lagi pun lebih elok biar baby explore tangan dan jari dia. Good for baby’s development. 5. Booties/stokin - 6-10pasang. Kalau tak pakai mittens pun tak apa tapi stokin tak boleh tak pakai sebab kaki baby cepat sejuk. Suggestion :- H&M atau Mothercare. 6. Topi - 2-5helai (selalu kat hospital je pakai or time nak pergi hospital. kat rumah tak pakai pun) Suggestion :- Beli je baju yang ada sekali set dengan topi. Jimat! 7. Tuala mandi - Minimum 2 helai. Suggestion :- Brand Clevamama apron style sebab besar, tebal, hooded and ada tali untuk sangkut kat leher mommy and ikat dekat pinggang. 8. Washcloth - 5helai. Suggestion: - Brand Lunavie atau Suzuran Baby. 9. Sapu tangan - 5helai (any brand pun boleh asal lembut) 10. Burp cloth (guna muslim cloth/napkin pun boleh tapi burp cloth ada jual, senang sebab bentuk dia ngam ngam untuk letak atas bahu and daya serapan dia tinggi) - 3 helai. Suggestion :- Brand Mothercare. 11. Traditional Swaddle (kalau nak lembut beli bamboo muslin swaddle) 5-10helai. Suggestion :- Brand Aden & Anais. Ada a few local brand jugak dekat instagram. 12. Modern Swaddle (ada zip/pelekat. senang nak pakaikan and baby pun susah nak lepas) 2-3helai. Suggestion :- Swaddle Up dan Swaddle Me. 13. Barut 5-10helai (my baby tak pakai pun 😂) 14. Baby Wipes (buy in bulk please sebab lagi murah. Baby guna wipes sangat banyak especially masa newborn (0-3months)) Suggestion :- Offspring 15. Pampers (New born banyak berak and kerap sampai 10-15x sehari pun ada so kena standby banyak) Suggestions :- Offspring atau mamypoko. 16. Bottle Sterilizer (kalau nak bagi susu formula atau nak jadi EPMom (pam susu masuk dalam botol) Suggestion :- Tommee Tippee (steamer) Coby, Haenim, Upang (UV sterilizer boleh sterile semua benda tapi harga mahal) Kalau tak nak beli pun boleh je sterile guna air panas macam dulu-dulu. 17. Bottle warmer (Kalau nak jadi EPMom if not tak payah) 18. Bottles - at least 4. Suggestion :- Tommee Tippee (berlekuk susah nak cuci) Hegen (senang cuci susu tak membazir) ComoTomo (since dia silicon jadi cepat nampak kotor) Sila survey ikut kesesuaian. 19. Berus botol (any brand) and bottle wash (kalau tak pakai botol tak payah beli) Suggestion:- Brand Pigeon/B&B/Buds/K-Mom atau offspring. 20. Baby wash (head to toe)/lotion - 1set (kalau boleh beli yg ada pump especially baby wash, senang nak guna) Suggestion :- Buds, Offspring atau Mustela. 21. Minyak Telon/yuyi - 1 atau 2. Suggestion :- Brand Tanamera Baby Spot Massage Oil (sticker kuning) THE BEST!!! 22. Nose frida/nose cleaner - 1 set. Suggestion :- Brand Nose Frida (kena sedut pakai mulut guna wayar) Brand mothercare (guna pressure dekat bulb silicon) 23. Nail clipper - 1 set. Suggestion :- Brand Kath+Belle (ada nail scissor and buffer in one set) Kalau takut boleh beli nail buffer yg pakai bateri tapi harga mahal. 24. Hair Brush (untuk sikat/gosok kepala baby sebab kadang ada balance air ketuban/darah yang melekat) 25. Cotton ball (cuci pusat baby tapi depends pada hospital. Ada yang suruh guna alcohol swab) tapi cotton ball boleh guna untuk lap kelopak mata baby/muka. Suggestion :- Brand Pigeon. 26. Thermometer (Biasa punya harga rm30+ je but electronic punya boleh cecah rm400 (yg good quality) 27. Cotton buds. 28. SANITIZER (as many as u want) - Beli yang pump and travel size. Any brand pun boleh. ** Nanti bila baby dah lahir slow slow add on apa yang perlu sebab lain baby lain keperluan dia. List ni sekadar pengalaman saya sahaja** **Baju beli yg universal lelaki perempuan boleh pakai sebab ada je jadi scan perempuan keluar lelaki. Dah satu kerja nak pakai pink 😝 nanti dah besar baru melawa okay** ADDITIONAL 1. Baby Bouncer (kadang baby dia tak nak lay flat atas tilam nak kita riba so penat jadi optional boleh beli bouncer) Suggestion :- Nuna Leaf (Harga mahal, manual kena gerak pakai tangan tapi boleh beli mesin untuk auto. Boleh pkai sampai berat 60kg) Mamaroo 4moms (mahal tapi auto and nampak class cuma up to 11kg only. kalau lebih nanti dia stuck stuck) my baby guna traditional bouncer yang zaman dulu-dulu harga rm99 je boleh beli dekat manjaku mall. 2. Baby cot (if ada intention nak baby tidur asing) Suggestion :- Stokke 3. Nursing chair (really helpful untuk breastfeed baby especially yang beranak czer) Suggestion :- Babyhood 4. Baby bath tub (my baby mandi dalam sinki je 😝 dah boleh duduk (5months) baru mandikan dalam bath tub dia) ** Lepas bersalin penat so better beli yang boleh baringkan baby. Kita senang baby pun tak lemas. Suggestion brand Skip Hop. Kalau nak mandikan dalam sinki beli Brand MurMur** 5. Set tilam/bantal (kalau nak customade try Brand Tiny Palms) PREGNANCY CHECKLIST (MOMMY) 1. Breast pump (kalau ada intention nak pump masuk susu dalam botol) Suggestion :- Brand Spectra atau Haenim . 2. Breastpad (disposal atau washable) Suggestion :- Any brand for disposal. Autumz (washable) murah. 3. Maternity pad (i didnt use it at home, kat hospital je sebab nurse yang salinkan. Beli je any brand pad yang overnight use tapi since i bersalin czer so bawah tak ada luka tapi yang bersalin normal maybe better pakai yang maternity sebab lembut) Suggestion :- Brand Pureen (maternity) Libresse/whispers (overnight pad) 4. Disposal panties (you will bleed a lot so better pakai buang. untuk seminggu pertama je sebab kita masih lemah dan tak larat. Beli saiz besar supaya selesa) Suggestion :- Brand guardian yang jenis cotton (kat Guardian ada 2 jenis) 5. Set pantang (selalunya dah included bengkung. if not kena beli asing) Suggestion :- Brand Lunavie (bengkung strap) Set pantang Tanamera (included bengkung) Set nona roguy. **Kalau mampu get a helper masa dalam pantang. Lepas bersalin korang akan penat dan mengantuk lain macam. Emosi akan tak stabil. Husband sila bagi support sebab kalau emosi tak stabil berpanjangan boleh lead to meroyan. Bukan wife je husband pun boleh emosi tak stabil tau.** ENJOY THE JOURNEY! ❤️
Baca lagi


