Baby taknak susu badan
Hi. Saya first time mom. Baby harini genap 1 bulan. Tapi saya rasa terkilan dan agak sedih sebab setiap kali saya cuba bagi susu badan, baby saya akan menangis lagi kuat dan menolak. Saya cuba cuba paksa juga tapi memang baby saya taknak. Saya rasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat menyusukan baby saya. Saya mula bagi formula milk untuk baby semasa baby didiagnos kuning kerana baby kuning kena banyak menyusu dan time awal2 susu saya agak kurang. Tapi sekarang, susu saya dah banyak sampai menitik basah baju dan seluar. Orang sekeliling juga kurang memberi support untuk saya berikan susu badan atas sebab mereka kasihan dengar baby menangis kuat menolak susu badan saya. Jadi, mereka akan bancuhkan FM untuk baby, baby senyap. Saya rasa macam loser…… Ada ibu ibu yang boleh bantu saya? Saya nak sangat menyusukan baby saya………..