Maaf nak luah perasaan sekejap

Saya dari awal pregnant sampai dah 36 minggu sekarang hampir setiap hari menangis sebab mak mertua kerap suruh balik rumah dia, walaupun saya tengah tak larat atau tak sihat. Saya bukan tak mau balik...selalu juga saya paksakan diri, tapi bila nak balik pun macam macam dia cakap buruk pasal saya, dia kata anak saya due date tak cukup tarikh sedangkan saya bunting pelamin( dia cerita pada semua sepupu sepupu macam tu sampai mereka bersangka buruk pada saya). Dia marah suami saya kalau tak mahu naik satu kereta dengan dia kalau nak berjalan jauh sedangkan saya terpaksa berhimpit dengan 4 adik beradik yang sudah dewasa..Kesian suami saya juga sebab mak mertua selalu cakap dia tak jaga hatinya sedangkan suami saya sehabis baik pulang tanya khabar dan sebagainya. Bila dah makan dekat tarikh due date ni, saya alami pelbagai alahan sedangkan first trimester saya tak ada alahan..tapi mak mertua paksa juga pergi family day yang jauh dari rumah, kerap suruh balik rumah dia walaupun saya tak larat nak berjalan..saya cuma berharap dia bertimbang rasa saja..nak menyangkung pun sekarang susah, toilet rumah mereka toilet cangkung sebab tu saya tak mahu tidur dirumah mereka..tapi hampir dua minggu sekali mesti saya jumpa mak mertua dan melawat mak mertua walupun macam macam dia hina and cakap pasal saya🥺dia kata " dia dulu boleh je kesana kesini" " dia dulu larat je" and dia kata saya sendiri yang tak menjaga makan dan kesihatan saya..luluh hati saya sedangkan kami berdua bergelar ibu tapi tidak memahami ujian sesama ibu.. Maaf tiba tiba jadi sesi luahan, saya sekarang tak kisah dia nak cakap apa pun.. saya cuma pentingkan kesihatan saya dan baby sahaja sekarang...saya harap keputusan saya untuk memetingkan keluarga kecil kami adalah keputusan yang betul..

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

ada kala menjaga emosi sendiri adalah lebih penting dr menjaga emosi org lain.tu jela sy boleh ckp.awk buat keputusan yg betul

pentingkan fmly kecil kita adalah keputusan yg sangat tepat