Toxic relationship

Hi, saya dalam dilemma sekarang ni. Saya ada anak kecil umur 6 bulan. Saya dengan suami selalu bergaduh. Suami kadang2 gaduh sampai maki saya. Harini kami gaduh and ni first time dia naik tangan tampar saya. Sebelum ni time saya pregnant, suami kantoi ada contact perempuan lain. Saya dah lama fikir nk mintak cerai tapi saya kesian fikir nasib anak saya.

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Jangan libatkan anak dalam perselisihan suami - isteri. Puan sebagai isteri ada hak untuk tidak dizalimi secara fizikal dan mental. Buat report polis kerana dia mengasari puan. Report ni boleh jadi bukti di mahkamah yg suami telah mengasari puan. Puan juga boleh hadir ke kaunseling samada secara berkala atau sekali sahaja utk puan tahu kekuatan, peluang, kekurangan dan ancaman pada diri puan dlm menghadapi perhubungan toksik tu. Jika boleh baiki, baiki perhibungan tu . Jika tidak, puan kena bersedia fizikal, mental, ekonomi dlm mengharungi cabaran kehidupan. Jika puan sudah yakin dan tak lagi rasa dlm dilema, puan boleh buat keputusan dgn tenang samada nak teruskan perhubungan atau tidak. Doa juga sbg suatu usaha.

Baca lagi