Bengkak susu

Saya dah demam dua hari sebab bengkak susu. Dah makan panadol dan antibiotik 2 hari. Badan rasa lenguh sangat, tak larat jaga baby. Macam mana nak sembuh cepat ya?

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

1) tuam sejuk sampai kebas, kemudian tuam panas sambil tuam sambil buat urutan.. boleh cuba google cara nak buat urutan dkt payudara awak.. lepas tu xperlu pam, awak marmet.. boleh google juga cara nak marmet mcm mna.. sakit mmg sakit tapi awak kena tahan.. ulang sampai awak lega 2) kalau ada massager lactation boleh cuba urut pakai yg itu dkt kawasan bgkak susu 3) mandi dgn air suam / water heater. masa mandi tu awak massage breast awak yg bengkak tu. kalau syg susu yg keluar tu awak boleh tadah dgn milk collector. masa mandi tu boleh cuci nipple awak. guna cotton jenis bulat2 celup dlm air biasa dn cuci nipple awak, xperlu sabun. bengkak susu ni awak tak boleh biar berlarutan ya. boleh jadi peringkat yg lebih bahaya. kerap menyusu baby. cuba check lekapan baby dgn breast awak dh betul ke tak. kalau tak tahu boleh minta misi kk check kn semasa checkup baby. boleh marmet utk kurangkan bengkak susu awak.

Baca lagi