Baby prem 33w now NICU

Saya cuma nak meluah kalau ada yang bagi semangat tu, alhamdulillah terima kasih banyak2 🫂 Saya bersalin baby prem 32w. Result dari kelahiran tersebut masih belum tahu punca saya bersalin awal. Now baby kat nicu. Alhamdulillah Baru 3 hari pindah ke ward biasa. Seminggu dia kat ward pemerhatian (depan counter). Orang lain berpantang, ada baby kat sebelah sedangkan saya ulang alik hari2 perjalanan pergi balik 80KM+-. Waktu melawat untuk saya setiap masa boleh. Tapi saya tetap tak boleh tercongok situ lama2. Sbb saya datang dgn husb. Sian kat husb jgk menunggu lama tapi hati nak stay dengan anak kat situ 😞 Husb dapat masuk 15minit je tengok anak. Rules hosp nya mmg begitu ☹️ sekarang husb tgh cuti bolehlah hari2 saya pergi tengok dia. Nanti husb dah masuk keje, saya tak dapat nak lawat dia selalu. Lagi saya rasa sedih😢 Plan doc, around 34w if baby okay tanpa bantuan oksigen, boleh latch df dan tanpa ubat untuk tak bagi dia lupa bernafas tu in shaa Allah saya boleh walk in dan stay dekat ward dengan baby sampai 35w and berat dia mencecah 1.8kg ke atas. Tapi nak menunggu tu, saya perlu banyak kesabaran. Menahan rindu pada dia tu tak sanggup rasanya 😞 ini anak first saya. Lama kami ttc nantikan kehadiran dia. Tapi Allah sebaik2 perancang. Saya taknak stress sangat. Walaupun anak jauh dari saya alhamdulillah rezeki baby ni saya ada banyak gila ebm. Tahlah, saya rasa saya perlukan semangat je. Nak keluar healing, saya masih berpantang. Nak sujud, saya masih ada nifas. Husb & family selalu bagi support. Cuma saya je, terlalu sensitif. Tak sanggup tengok anak berselirat dengan wayar, tiub susu kat mulut. Jarum sana sini. Tak sanggup 😞

23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Terima kasih semua yang bagi nasihat & support. At least saya lega sikit bila baca semua komen mommies. Walaupun dalam masa sama, ayah saya pun tak berapa sihat kena pulak jaga adik yang bedridden. Harapkan mak saya yang bekerja sekarang ni. Saya dan suami taklah jauh dari kg. Sejam lebih je perjalanan. Tapi suami dah masuk keje, saya nak ulang alik hosp tu harapkan suami jelah. Boleh je saya duduk dengan parents saya tapi hantar susu ke nicu tu pun saya taknak menyusahkan ayah saya. Saya taknak dia penat. Taknak mak ayah saya susah2. Diorang pun dah ada tugas menjaga adik saya. Prinsip saya, biarlah saya dan suami yang susah, yang penat. Taknak bebankan mak ayah saya dgn semua ni 😔 Next week, ayah saya akan tembak laser utk batu karang. Mak saya akan cuti 3 hari. Ayah Akan warded tapi taktau berapa hari. Dia sorang2 je nanti kat hosp. Prosedur dia sakit ke? Selepas tembak laser tu, ayah saya akan rasa sakit ke? Sape ada pengalaman? lepas mak saya cuti, ayah saya akan jaga semula adik saya. Kalau sakit, macam mana nak jaga adik saya? Penat saya fikir semua ni 😞 Semuanya jadi beban fikiran saya. Saya susah hati. Tapi selalu pesan kat diri, Allah uji ni sebab sayang kami. Berharap sgt baby boleh cepat2 keluar dan sihat. Boleh saya tolong mak ayah saya apa yg patut.

Baca lagi