Bagi saya, anak masih di wad, better puan berehat selama anak di wad. Atau tak pergi hari-hari. 80km jauh tu... Penat... Bagi badan puan pulih dgn baik. Bila badan penat, emosi terganggu, badan selepas bersalin pun lambat pulih. Bila dah tau rasa sedih tengok anak dgn wayar berselirat, bagi saya, jangan tengok anak lagi buat masa ji utk pulihkan emosi. Just dapatkan info drd suami yg dtg jenguk. Gambar anak dah ada kan. Tenung, doakan anak cepat sembuh dan dpt rawatan dgn baik. Rehat, kalau ada urut, buat semua tu.. Tenangkan diri
sis kena kuat, ramai lagi dugaan dia lebih dari sis. Alhamdulillah anak sis 33w tkda lah lama sgt duk dlm tu nnti. anak sy 29w sis. berat dia 1.3kg je. 55hari kena tahan nk catch up berat smpai 1.8kg. sy boleh melawat dia smbil bawak bekal susu untuk dia 3hari sekali je sbb masa tu pkp. skrg alhamdulillah anak sy dh 2tahun lebih. percayalah sis boleh lalui nya. janji anak kita balik dgn kita nnti sihat je. tu yg penting. semoga anak sis cepat sihat dan boleh discaj. Aaminn
awak, saya doakan supaya awak dikurniakan ketenangan dan dapat melalui moment ini dgn banyak bersabar. saya takde pengalaman baby prem dan tak tahu nak nasihat. cumanya saya nak bagi support kat awak supaya awak jgn sedih dan sensitif sampai awak letih..sebab sekeliling awak sentiasa support awak terutamanya keluarga. inshaAllah masa akan berlalu dengan cepat dan awak akan kembali bersama baby secepat mungkin. saya doakan awak dipermudahkan segala urusan..aaminn.. *hugs*
xsemua fhm keadaan puan..ure strong mommy..dont depress..Allah uji tanda sayang kat kitaa ya dah la TTC..pastu lahir prem..pastu baby tinggal lama kat wad allahu besarr dugaan utk puan..tp puan pikir yg baik2..ramai org yg lebihh teruk dari puan..anak lagi prem 26minggu..berbulan2 dok wad...mcm2 komplikasi..Igt la Allah uji kita sikit ja..pujuk hati ya..sbb sianak perlukan mommy yg kuat utk jaga dia soonn
sisterrrr please takmo sedih sedih okay ? kena positif ! bila mommy sedih baby dapat rasa . so mommy kena kuat so baby pun akan kuat . enjoy the journey and the sacrifices . cuba fikir yang indah2 jea contoh lepas dah discaj nanti dah dapat jaga anak macam biasa , dah boleh itu dan ini . trust me , perjalanan nie kejap jea , kita kena kuat untuk baby ! saya doakan awak dari jauh okayyy ♥♥♥♥
masyaallah.. awak ibu yang baik. Insyaallah semua akan baik2 semua. Serahkan pergantungan setiap urusan hanya pada Allah . dengan mcm tu Allah bagi awak kuat dan akan rasa lebih tenang.. Walaupun xboleh solat tp doa dan zikir2 akan jd kekuatan untuk awak. Jangan lupa selawat skli ok. Kalau rasa terbeban cari org yg dekat dgn skeliling awak untuk meluah. 🥰
Nasib kita sama awak.. bby saya berak dalam perut dan dah tertelan najis.. dah hampir 2 mnggu dia dekat nicu.. saya pown ulang2 tngok dia kat sana.. saya hnya mampu tngok jaa sbb bby on antibiotics dan oxygen.. semoga kita sama2 kuat untuk pantang tanpa bby.. insyaallah bby kita akan sihat dan balik kat pankuan kitaaa
insyaallah anak ok je di sana.. wayar2 semua tu anak perlukan, keep direct bf semampunya.. boleh cari rumah @ bilik tumpangan yg dekat dgn hospital.. kalau mcm kat terengganu ada org buat free hostel utk org yg ada urusan hospital.. maybe puan blh cari
awk .. mommy yg sgt kuat 💪🏻semoga Allah mudahkan urusan awk dgn baby 🥰 .. xmau la sedih2 .. awk rehat la seckupnya nt baby dh keluar boleh tgk dia puas2 yerr .. hug mommy 💖
semoga diberikan kekuatan dan baby cepat cepat dapat balik ke rumah. buat masa ni banyakkan doa dan awak rehat betul betul ya. semoga dipermudahkan urusan awak dan baby
Anonymous