Saya cuma mahu pendapat ibu2 yang lain tentang berpuasa ketika hamil. Saya kerap lapar, dan akan merasa loya dan muntah2(angin) jika tidak makan atau terlewat makan. Apabila datang bulan ramadhan, saya telah cuba utk berpuasa, tetapi juga telah tinggalkan puasa sebanyak 2 hari kerana sakit kepala dan muntah. Saya tahu ada kelonggaran buat ibu mngandung ketika bulan puasa tetapi saya juga rasa bersalah utk mninggalkan puasa. Saya mohon nasihat serta pendapat dari ibu2 yg lain. Semoga dapat menyenangkan hati saya yang sedang mengandungkan si sulung☺️