5 minggu blh puasa x?
Saya bru pregnant 5 minggu. Blh puasa x? Aritu dh kena gugur skli sbb baby x ckup zat. Kli ni risau plak. ? anak sulung
Wanita mengandung ada pengecualian. Trimester pertama ni bayi baru nak membentuk dan berkembang. Kalau tak larat jangan paksa diri. Risau kesihatan sis dan bayi dalam tu. Saya dulu, suami tak galakkan puasa sebab puasa kita boleh ganti (insya Allah). Jaga diri sis. Semoga kandungan membesar dengan sihat. Jangan rasa bersalah tak puasa masa mengandung. Islam itu memudahkan. Elok cantik dah Allah beri rukhsah untuk ibu mengandung ☺️☺️☺️. Sis sediakan makan minum orang berpuasa di rumah pun sis masih dapat pahala puasa macam yang berpuasa. Baiknya Allah 😉
Baca lagiSalam.. Saya pon baru 5 minggu sis.. Saya baru jumpa Dr. dan minta pendapat pasal isu puasa ni.. Jawapan yang saya dapat dari Dr. adalah diharuskan puasa jika tiada apa apa masalah seperti alahan, pening2, muntah2, dan loya.. Jika larat diharuskan untuk puasa.. Ketika sahur, digalakkan untuk makan Kurma, Susu, dan makanan yang berkhasiat.. Apa2 pon ikot keadaan badan sendiri.. Lain org lain tahap kesihatannya.. ✌️✌️
Baca lagiSaya 8 minggu saya baru lepas jumpak doktor tadi.mcm biasa doktor ckp kalau nak puasa x ade masalah tapi kalau boleh mual,muntah,x larat sgt harus bukak. Kalau setakat lapar biasa boleh teruskan. Wajib sahur makan benda2 sihat. Cannot skip. Lepastu kena tahu kalau terpaksa berbuka puasa, kalau buka sebab kita x larat atau kita okay cuma risaukan baby so terpaksa bukak ada dua cara ganti yg berberza x salah saya.boleh cuba bukak youtube uai
Baca lagiSy pregnant 6 minggu & br berjumpa dgn doktor. Sy juga seperti puan pernah ada sejarah keguguran. Apa yg doktor beritahu puasa tu sebenarnya bagus & digalakkan. Cuma bagi yg pernah keguguran sebelum ini, doktor nasihatkan untuk tidak berpuasa bagi mengelakkan sebarang komplikasi di awal kehamilan. Adalah lebih baik jika puan mendapatkan nasihat terus drpd doktor 😊
Baca lagiSaya bru tr8mester kedua. Slalu yg mudarat mmg trimester 1 dan 3. Alhamdulillah Saya esok masuk 27 minggu..saya amalkan minum susu kambing yg diblender ngn 5 biji kurma yg direndam semalaman. Pstu mkn nasi. Minum air.. siang ada la lpar sikit kdg2.. cm pose biasa. Tula bdn org lain2. Yg penting try yg mna sesuai. Klu larat truskn klu tk memudaratkan mka berbukalah.
Baca lagiIslam agama yg mudah. Kalau puasa membahayakan pada ibu dan/atau kandungan, tak perlu puasa. Jgn fikir apa yg akan org cakap kalau kita tak puasa sebab hanya kita yg tahu keadaan diri kita sendiri dan kandungan kita. Setiap org berbeza. Ada yg mampu berpuasa sebulan sepanjang kehamilan. Ada yg tak mampu. Jangan bandingkan diri kita dgn org lain, okay.. 😉
Baca lagiSy dh 13w. Sy pun dilema sebab pernah gugur. Byk pendapat drp ibu2, kawan2, misi, akhirnya sy ambik pendekatan untuk puasa selang seli. Sebab itu yg sesuai dgn sy setakat ni. Klu hri ni puasa, pagi esok mesti rasa tak selesa pd perut. Jd esoknya sy tak puasa. Apa pun, ikut badan masing2. Puasa boleh ganti, anak belum tentu.
Baca lagiSaya bru 3weeks preggy..hari pertama,kedua,ketiga dpt puasa separuh hri je..ptg tu dh tak mampu nk puasa sbb badan letih sgt2 dan pening.hari keempat dan seterusnya,saya xnk ambik risiko berpuasa sbb pkir tumbuhbesaran janin yg bru nk masuk sebulan.
sy pun mengalami situasi yg sama mcm sis, 6w hamil & pernah gugur. bg sy sis cuba puasa dlu. masa sahur mkn & minum secukupnya. klu x larat, baru bbuka. Dan doa banyak2 moga Allah mudahkan urusan kehamilan & beri kekuatan pd kita.
Sma la sis sy ggur 1st prgncy bln posa taun lpas msa usia kndgn 7mgu.. alhamdulillah rezki prgnnt lg ,skrg nk msk 28 mgu da, mmg x posa sbb rsau bby x gerak klu sy x mkn.. better sis x yah posa dlu, jga kndgn sbb masi awl lg kn..