Nak bersama tapi takut

Saya baru lepas 3 bulan 17 hari melahirkan anak pertama saya secara normal. Takde koyakan, cuma kena jahit sikit sebab epi. Tapi luka jahit tu semua sekejap je kering masa dalam seminggu pantang lagi. Sekarang ni saya macam ada rasa nak bersama dengan suami, tapi saya macam takut. Ada je saya lawan perasaan takut tu, tapi cuma buat yang ringan jela untuk suami. Macam mana ek nak ke fasa tak takut untuk bersama suami. Kesian dekat suami saya, lama dia kesunyian 🥲

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis dah lebih 100 hari. InsyaAllah dah okey tu sebenarnya cuma perasaan takut dan risau tu mengatasi sis sekarang. It's okey for take your time walaupun sekadar puaskan suami terlebih dahulu. dalam masa yang sama, isteri cuba mencari semula steps untuk kembali berhubungan seperti biasa. 1. cuba bertenang 2. wujudkan suasana yang sesuai dan selesa 3. cuba cari posisi yang lebih sesuai. Mungkin posisi kegemaran sebelum bersalin kurang sesuai lagi. 4. minta suami lebihkan foreplay sehingga buat isteri terlupa akan kesakitan dan trauma yang dialami. 5. permulaan ini, boleh gunakan pelincir agar melancarkan proses penetrasi. 6. Biarkan isteri kawal proses penetrasi berbanding suami. InsyaAllah you'll enjoy back macam sebelum bersalin. Challo Bettey!

Baca lagi