Dilema Wanita Hamil
Saya baru dapat tahu saya hamil 5 minggu anak pertama. Saya baru sahaja berhenti kerja sebelum hamil kerana bercadang ingin mencari tempat yang lebih baik. Sekarang keadaan saya sudah tidak aktif dan sering kepenatan. saya juga tinggal berseorangan di rumah. Suami saya sibuk dengan kerja dan selalu pulang lewat. Keadaan ini membuat saya bertambah stress kerana saya tiada teman di rumah dan tidak juga ingin keluar mencari aktiviti disebabkan berasa penat dan lesu. Namun sekarang saya dalam dilema samada ingin mencari kerja semula atau terus berehat dirumah sehingga bersalin. Sekadar ingin luahkan perasaan di sini. Terima kasih kepada yang sudi mendengar. 😊
ibu singa with 3 boys