Minta pendapat

Saya baru berkahwin 3 bulan. Pada bulan pertama dan bulan kedua kitaran haid teratur. Masuk bulan ketiga haid lewat 2 minggu. Check upt negatif. Selepas lewat 2 minggu baru datang haid. Hari pertama haid berwarna coklat muda. Hari kedua baru keluar darah berwarna merah. Hari ketiga haid terhenti dan pada waktu malamnya keluar semula darah berwarna coklat muda. Adakah ini normal kerana perubahan hormon setelah berkahwin? Saya berasa bimbang dengan keadaan ini. Tambahan pula saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan anak. Mohon pendapat dan pencerahan ya.

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Baru2 kahwin mmg akan ada masalah hormon macamtu