6 Balas

BILA MASA YANG SESUAI CEK BACAAN GULA? Okay. Dia camni. Kalau baru nak jaga diabetes ni, memang kena cek banyak kali untuk mengetahui corak bacaan gula kita macamana serta keberkesanan penjagaan kita sama ada dari segi pemakanan, aktiviti seharian dan juga rawatan yang kita ambil (ubat/insulin) Buat permulaan ini, cek kerap sedikit dalam masa sehari tu. 1. Sebaik sahaja bangun pagi. 2. Sebelum sarapan. 3. Dua jam selepas sarapan. 4. Sebelum makan tengahari 5. Dua jam selepas makan tengahari. 6. Sebelum beriadah. 7. Selepas beriadah. 8. Sebelum makan petang. 9. Dua jam selepas makan petang. 10. Sebelum tidur. 11. Bangun tengah malam Betul, nampak agak berat ke atas ekonomi kita kan sebab strips mahal. Maka atas sebab itu, kena cari strips meter yang murah. Bila kita tahu corak bacaan gula dan pemakanan kita macam mana, boleh dah kurangkan kepada 3-4 kali sehari. Contohnya kalau hari ni makan nasi sesenduk rata beserta lauk dan sayur, insulin 8unit, dapat bacaan 5.6mmol, haa esoknya jika makan menu yang sama, dah boleh agak dah bacaan macam mana.. Makan boleh elak dah cek bacaan gula untuk menu tu Bacaan gula juga kena ambil jika korang baru mencuba menu baru. Atau makan di kedai. Mana tahu nampak telur dadar gebu, makan je bebanyak sebab beranggapan takda gula. Rupanya ditambah tepung ke apa. Camna kita nak tahu? Untuk selamat, jangan lupa cek bacaan gula sebelum dan dua jam selepas. Bacaan gula wajib kena ambil sebelum makan bagi pengguna insulin. Takut korang hypo tapi takda simptom, pastu cucuk pulak insulin, tunggu 30 minit nak makan, naya laa berganda hypo. Boleh membawa maut.. Jika korang mengambil ubatan tertentu, pun sama. Pantau bacaan gula sebelum dan dua jam selepas makan ubat tersebut. Ubat batuk contohnya.. Kebanyakkannya manis belaka. Kalau makan ubat batuk jenis A menaikkan bacaan gula, lain kali tukar kepada ubat batuk jenis lain. Memantau bacaan gula sangat penting dalam mengawal diabetes kita. Jangan dengar cakap orang kita taksub sangat cek bacaan gula. Mereka tak tahu apa jadi pada kita jika kita tidak memantau bacaan gula. Ibu mengandung yang ada KM atau GDM misalnya, BSP atau Blood Sugar Profile amat penting bagi mereka untuk menentukan unit insulin atau dosage ubat demi keselamatan bayi mereka.. Lagi satu, korang akan tahu dosage ubat atau insulin korang sesuai ke tak dengan pemakanan korang jika korang selalu memantau bacaan gula. Katakan cucuk insulin 10 unit, makan sepinggan nasi dapat bacaan gula 18mmol dua jam selepas, nahh. Maknanya korang punya menu tu dah berlebihan. Begitu juga sebaliknya jika kerap hypo, maknanya dosage ubat atau insulin korang tinggi.. Jadi kena sentiasa peka akan bacaan gula masing-masing.. Bila korang rajin memantau bacaan gula, doktor pun senang nak adjust ubat atau insulin korang. Kita pun senang hati nak bagitau doktor macam mana kita menjaga diabetes kita.. Saya pernah berdepan satu kes, ada orang tanya kenapa Hba1c dia 7.8% sedangkan bacaan gula dia 4.8mmol. Bila saya tanya bacaan gula tu diambil masa bila, dia menjawab : bacaan sebelum makan tengahari yang diambil dua minggu sekali. Kelu lidah saya nak menjawab. Jangan beranggapan bacaan gula adalah statik pada setiap masa. Semoga membantu. 《 Sharing dari Kelab Pesakit Diabetes/Kencing Manis di Facebook》

Hi, kalau dah kencing manis kena jaga makan dah. Bukan masa mengandung je. Seumur hidup ya. Sebab kencing manis tak boleh sembuh, cuma boleh kawal ja. Ikut diet LCNS (Low carbo, No sugar), makan ubat, cucuk insulin ikut arahan doktor. Jgn skip. Dan jgn consume supplement. Awak tak perlu semua tu. Kalau tidak jaga pemakanan akan memudaratkan kandungan. Antara yg paling menakutkan baby boleh meninggal dalam kandungan ya. Please alert. Bacaan 8.7 tu sangaaaat la tinggi. Jadi tolong tolonggg sgt jaga pemakanan awak tu. Nasi awak ambil sesenduk rata, lauk dan sayur-sayuran banyakkan. Yg penting jgn letak gula dalam masakan. Lepas tu, awak tidak digalakkan puasa. Jgn puasa kalau tidak awak hypo. Kalau awak hypo awak boleh pengsan, koma atau pun meninggal. Kalau bukan awak meninggal, baby dalam kandungan boleh meninggal. Sy ckp awal2 sebab ramai ibu yg kencing manis tidak jaga pemakanan. Awak jgn ikut macam mereka ya.

Awak beli lah glucometer supaya awak dapat tengok bacaan gula. Cari glucometer yang strips dia murah. Sy rekomen awak beli brand Sinocare. Tapi dalam farmasi takde jual, dalam Lazada je ada. Link di sini: https://s.lazada.com.my/s.UFHpJ?cc Ini awak boleh dapat mesin bacaan gula beserta 50 strips. Nanti kalau kehabisan strip boleh beli lagi. tak mahal pun. 50 Strips: https://s.lazada.com.my/s.UFHJN?cc 100 Strips: https://s.lazada.com.my/s.UFEg0?cc

sama2 😊🫰🏻

Kalau awak nak. Awak join lah Kelab Pesakit Diabetes/ Kencing Manis https://www.facebook.com/groups/848023719453332/?ref=share&mibextid=afzh1R ☆ Peringatan Mesra: Admin dan moderator mmg garang2. Tpi utk kebaikan juga ya. Kalau awak hati tisu, cepat terasa jgn join tu je. Tapi itu lah, awak akan terlepas segala nasihat bgus dlm group ni.

Control makanan.. jgn makan manis2

.. jgn makan terlalu banyak

Dia ada diabetes yang tidak terkawal lagilah tak boleh 😶 Nanti hypo susah.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan