Tak kerja...

Saya awal 30an dan ada anak sorang umur 3 tahun. Saya tak bekerja dan sebelum ni memang dah terguna duit anak , barang kemas dia time betul2 kesempitan duit. Semua tu saya dah tulis siap2 berapa saya guna duit anak. Hujung tahun ni suami akan dapat bonus dan memang dah plan nak belikan emas ikut berat emas yang dijual dulu. Slow slow nak simpankan balik duit anak yang dah terguna. Memang salah, tak boleh guna hak anak tapi kalau dah terdesak dari pinjam orang baik guna apa yang ada. Kebelakangan ni mak saya kerap marah suruh saya kerja, jangan jadi bodoh, jangan besarkan badan je kat rumah. Lepas bersalin kencing manis saya makin teruk sebabkan saya tak jumpa doktor. Baru baru ni je baru saya jumpa doktor on segala ubat balik. Sekarang kaki saya kebas then bengkak, surut kalau tidur malam jela. Orang push suruh kerja tapi saya tak boleh kerja yang berdiri lama. Saya pun dah rasa diri ni bodoh sebab orang asyik panggil bodoh je tak nak kerja kan. Saya tak tau nak cari kerja apa selain kerja macam cashier sebab tu je bagi saya yang saya boleh buat. Kerja office tak boleh sebab betul2 dah tak reti guna pc. Kalau suruh jadi affiliate bagai tu memang saya tak minat. Sebelum ni jual waffle, saya suka je menjual cmtu. Sekarang saya dah tak ada tempat nak jual, sewa kedai pun bukan murah kalau setakat nak jual 1 jenis je. Bukan boleh jual tepi jalan sebab mesin waffle yang besar tu. Kalau kaki saya tak ada masalah saya ok je nak cari kerja sebagai cashier balik tapi sebabkan kaki memang tak ok saya pun tak tau nak cari kerja apa sebab lagi senang kerja sendiri bila terlampau penat boleh rehat. Ada cadangan lain tak nak kerja apa?? Kerja yang boleh buat dari rumah ke, senang nak jaga anak sekali.

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

awak boleh je jual waffle dpn rumah? kat taman sy ni meriah dorang meniaga dr rumah.. ayam goreng kepci la, ais krim malaysia la. ada yg pakai runner, ada yg collect order byk2 dulu lps tu cod dlm jam yg tertentu.. n ada je yg bukak meja jual dpn rumah.. pos dlm group taman apa yg dorang jual.. kalau ada yg meniaga waffle dpn umah kt taman sy konfem sy pergi kot, sy suka, tp byk yg jual waffle ni kat mall je kan.. kalau sis duk di kg.. cuba cari group fb kawasan sis tinggal tu... kumpul order kat situ then boleh cod ptg2... husband boleh cod kn lps blk keje ke apa klu sis xboleh cod..

Baca lagi