Tak kerja...

Saya awal 30an dan ada anak sorang umur 3 tahun. Saya tak bekerja dan sebelum ni memang dah terguna duit anak , barang kemas dia time betul2 kesempitan duit. Semua tu saya dah tulis siap2 berapa saya guna duit anak. Hujung tahun ni suami akan dapat bonus dan memang dah plan nak belikan emas ikut berat emas yang dijual dulu. Slow slow nak simpankan balik duit anak yang dah terguna. Memang salah, tak boleh guna hak anak tapi kalau dah terdesak dari pinjam orang baik guna apa yang ada. Kebelakangan ni mak saya kerap marah suruh saya kerja, jangan jadi bodoh, jangan besarkan badan je kat rumah. Lepas bersalin kencing manis saya makin teruk sebabkan saya tak jumpa doktor. Baru baru ni je baru saya jumpa doktor on segala ubat balik. Sekarang kaki saya kebas then bengkak, surut kalau tidur malam jela. Orang push suruh kerja tapi saya tak boleh kerja yang berdiri lama. Saya pun dah rasa diri ni bodoh sebab orang asyik panggil bodoh je tak nak kerja kan. Saya tak tau nak cari kerja apa selain kerja macam cashier sebab tu je bagi saya yang saya boleh buat. Kerja office tak boleh sebab betul2 dah tak reti guna pc. Kalau suruh jadi affiliate bagai tu memang saya tak minat. Sebelum ni jual waffle, saya suka je menjual cmtu. Sekarang saya dah tak ada tempat nak jual, sewa kedai pun bukan murah kalau setakat nak jual 1 jenis je. Bukan boleh jual tepi jalan sebab mesin waffle yang besar tu. Kalau kaki saya tak ada masalah saya ok je nak cari kerja sebagai cashier balik tapi sebabkan kaki memang tak ok saya pun tak tau nak cari kerja apa sebab lagi senang kerja sendiri bila terlampau penat boleh rehat. Ada cadangan lain tak nak kerja apa?? Kerja yang boleh buat dari rumah ke, senang nak jaga anak sekali.

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis, jangan disebabkan org mengata sis bodoh, sis claim diri sis bodoh sis rendah diri. Pertama sekali, bina kekuatan jati diri semula. Buang yg negatif, nanti lama2 makan diri. Cuba semula bersikap positif. Sis, Guna harta anak atau duit anak kerana kesempitan hidup atau kecemasan, takpe sis. Janji kita ganti semula. Besar pengorbanan sis sebagai ibu. Ada rezeki lebih, ganti semula sikit2. Bukan kita ambil terus hak anak. Jangan terlalu memaksa diri. Sis, Dapatkan rawatan segera kencing manis sis, masih boleh dirawat lagi. Sembuhkan diri sis dulu sambil besarkan anak. Hal kerja kemudian fikir. Kesihatan sis lagi penting. Kalau sis sakit, mcm mne dgn anak? Fikir sebaiknya utk diri sis dan anak. Bagi saya, sis abaikan kata2 org. Jaga kesihatan sis sambil besarkan anak. Dah betul2 sihat, baru sis kerja semula. Kalau semua sis nak kaut, nanti sis tak terkejar. Semoga urusan sis dipermudahkan ❤️

Baca lagi
12mo ago

Mcm ni lah sis apa2 mak kata dgr je, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sis lebih tahu situasi keluarga sis dan kewangan keluarga mcm mne. Mak tu tanya apa2 ia kan sahaja, tak perlu ikut mne yg tak boleh dibuat. Utamakan kesihatan sis dulu, kerja boleh cari bila dah sihat.