Adakah anak dah boleh berjalan di usia 10 bulan perlu risau ?

Saya ada trbaca satu story whatsapp kwn sy yg dia risau anak dia di usia 10 bulan dah boleh berjalan dan mahu refer KK . Adakah perlu kita refer KK klau anak kita boleh berjalan kurang dari umur 1 tahun sbb anak sy boleh berjalan di usia dia 11 bulan atau itu normal sebab lain anak lain perkembangan dia ?

20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Normal je. Anak kedua saya umur 7 bulan dah bertatih dah. 8 bulan boleh jalan 4-5 tapak. 9 bulan dan berjalan. Cepat perkembangannya. Selalu dia duduk dalam walker. Satu hari dirikan dia dekat kerusi, ehhhh terus dia tatih. Saya pun terkejut!

Bayi zaman sekarang perkembangannya berbeza mcm zmn2 kita dulu.. dlm buku tu blh baca sbg panduan je la. Bg sy normal je sbb setiap anak tu perkembangan dia xsama.. yg perlu risau kalau anak jenis delay dari segala aspek..

Normal je sis, setiap ank berbeza perkembangannya, ank sy paling cepat 11 bln dh cekap jalan, paling lambat, 1 thn 3bln bru bleh jln, sbb bdn montel😊, jd lmbt skit nk bljr jalan, suka merangkak lg dr brjln...

VIP Member

normal kecuali kalau dia skip milestones. macam anak saya dia skip merangkak. now doctor diagnose dia sebagai moderate autism. actually merangkak tu mampu ransang setiap deria di kaki tangan terus ke otak.

sy ngan adik beradik sy dulu mak sy ckp smua 9bulan dah boleh jln.. so my baby 3 hari lepas genap 10 bulan, hrini dah almost 10 langkah🥹🥳🥳, tp asyik jatuh lg.. can't wait dy pndai jln.. ahahahhaa

normal awak. setiap baby perkembangan dia tak sama. xpelik if dh boleh berjalan awal. yg pelik if kalau ada speech delay. ada tanda2 autism. itu yg paling patut awak risau.

VIP Member

normal... takperlu risau ttg itu dan tidak perlu rujuk kk...stiap anak2 perkembangan mereka berbeza..ada yg cpt ada yg lmbt..mg dpmudahkan segalanya..aamiin

normal je awak... mak sy kata dlu sy tumbuh gigi 6 bulan berjln umur 9 bln.. lain baby lain perkembangannya.. tu mksud dia prkembangn dia cpt..

Anak sy berjalan sebelum 11 bulan. InsyaAllah ok. Kami mmg follow up doktor selalu. Doktor xde pulak pernah kata dia ada masalah. Huhu

normal je awak.. rezeki dia blh berjln awal.. janji fizikal akalnya sihat sudah.. jgn fikir bkn²