Milk Booster

Saya ada terlihat pelbagai brand milk booster di media social.. persoalannya betul ke milk booster tu dapat membantu untuk banyakkan susu badan?? Ada sesiapa pernah cuba milk booster?? Boleh recommend brand ape??

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi Puan. Milk booster ni bergantung juga kepada seseorang. Ada yang badan dapat menerima baik dan ada yang tidak. Selain daripada ambil milk booster, puan kena jaga juga pemakanan supaya makanan yang kita makan tu berkhasiat dan dapat perbanyakkan susu lagi. Min dulu minum air herba je untuk banyak kan susu. Madu batu, longan kering, biji goji, kurma kering merah rebus 2 jam dan jadikan Pati herba. Bila nak minum ambil sedikit dan campurkan dengan air panas 😊

Baca lagi