Menyesal tak lepas cerai

Saya ada 2 org anak lelaki kecil2 lagi. Saya akhirnya hilang sabar malam ni lepas suami sy bising suruh kemas dapur. Sy ckp mmg sy akan kemas dapur tu. Biasanya sy tidur 3,4 pagi utk kemas rumah (basuh baju, kemas dapur, etc.). Dlm seminggu ada la 2 kali sy tidur 3,4 pagi sbb nak buat kerja rumah yg sy x smpt buat waktu siang, tidur pukul 4-5 pagi pun ada sbb bila dh penat sgt buat kerja ttibe sy x boleh tidur. Sy kerja shift, cuti x menentu. Waktu cuti siang2 sy x dpt nk buat kerja rumah sbb anak kecik umur 10 bulan asyik merengek nak berkepit dgn sy je spnjg masa. Sy rimas nk buat kerja sambil dukung anak / pakai carrier, sbb anak sy akan melasak kacau sy buat kerja. Jadi bila waktu malam sy terpaksa berjaga utk setelkan kerja2 rumah. Bila hari sy kerja, pun sy tidur lewat jugak dlm pkul 1-2 pagi utk setelkan kerja rumah. Kalau hari sy betul2 penat sy akan tertidur sambil menyusukan anak, so dapur tu akan bersepah utk beberapa hari sampai lah sy yg kemas. Yg buat sepah dapur tu bukan sy sorg, tp laki sy pun buat sepah jugak. Sblm ni kami byk gaduh pasal duit. Mana taknya, byk benda sy tanggung. Rumah sy byr. Pengasuh sy byr half. Mkn anak2 byk sy byr. Mkn sy pun byk sy byr. Awal, tengah, n hujung bulan, ada je kluar mkn sy byr. Byk benda lah sng cerita sy support. Sy ni dh mls nk gaduh sbb duit, mls nk gaduh sbb rumah bersepah, mls nk gaduh sbb byk benda sy buat n rasa mcm xyah berlaki lg bagus, sy akhirnya memilih utk buat semua benda lillahi ta'ala. Tp suami pulak take advantage n rasa hidup dia selesa sgt berbinikan sy. Cuti2 sy bz jaga anak laki sy sibuk nak vc lah, nak call lah. Pastu balik rumah, dh mkn, komplen pulak dapur bersepah, walhal sy mmg akan kemas dapur tu.. dlm kepala otak sy mmg dh ada turutan kerja2 yg sy nk buat. Sy ckp aku tau lah nak buat. Aku tidur pukul 3,4 pagi ko tau apa. Lepas tu mula lah jadi perang besar sampai dia turun tangga n angkat tangan nak penampar sy, tp dia x tampar, mungkin skdr nak takutkn sy. Tp sy pulak naik angin. Sy mengamuk mcm org gila. Sy halau suami sy keluar dr rumah. Sy ckp kau berambus. Ni rumah aku. Aku yg byr. Byk bnde aku byr. Kau berambus. Suami pun blah x tau pergi mana. Nk ckp sy nusyuz ckp lah. Bg sy, sy dh cukup burnout bertahun2 support financial suami, masuk tahun ni tahun ke 4 kahwin. Cuti2 mmg sy x larat masak, x larat nk buat apa pun sbb sy kerja siang malam, otak asyik fikir psl duit n byk kerja x setel, otak sy serabut, bahkan sy x minat buat apa2 pun, dlm x sedar sy ni dh masuk tahap high-functioning depression. Siapa kat sini yg akhirnya bercerai, rasa menyesal x? Lepas berapa lama cerai baru rasa menyesal? Atau x menyesal langsung?

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sis diuji dengan suami..saya pulak diuji dengan mertua yang sebok dengan urusan anak menantu..saya dengan suami dulu nyaris2 nak ceraikan saya disebabkan dia.puncanya saya kunci pintu bilik dan balik dari jalan tengok pintu bilik dia dah cabut..mak mertua bising sepanjang anak2 dia ddk tak pernah sorang pon kunci pintu bilik💆..dan sekarang saya gaduh lagi dengan mertua sebab mulut dia tak habis2 sebok dengan rumah saya.. dikatakan hari2 dok intai dan dok bukak pintu rumah saya intai buat apa dan kemas tak rumah... sekarang saya tengah pregnant 6bulan jadi stress hidup dengan mak mertua macam nie.. dah duduk asing walaupun rumah bersebelahan tetap nak bizibodi...saya tak ada hak nak bersuara langsung sebab dekat satu blok rumah semua anak beranak belah suami dan kalau saya bersuara mesti semua menangkan mertua...saya sekarang sampaikan DR buat surat untuk jumpa kaunseling depression dekat hospital tapi saya tak gi..saya tertekan sampai rasa nak bunuh diri pon ada...ada masa anak saya yang umur 2tahun jadi mangsa saya termarah dia🥺😭

Baca lagi
17h ago

satu nak pesan sis,jgn gara gara masalah dgn org lain,,anak anak jd mangsa..atasi secepat mungkin.kalau rasa berpisah tu lebih baik untuk anak,dan emosi,bagus buat cpt.sbb sy dlu pn prnh di fasa smpai pgg pisau tunjukkan anak umur 5 tahun pernah rendam kpla anak dlm besen,prnh buang benda dkt anak bila mrh.skg sy rsa menyesal bila ingat smua tu.anak pn sllu ungkit benda ni sbb ingatan dia kuat..berkali kali minta maaf dkt anak tp sy masih x dpt move on..jgn smpai sis dihantui hidup penyesalan seumur hidup mcm sy..

Sebelum jawab soalan, puan ada jumpa kaunselor / puan dirujuk ke doktor psikiatri? Saya tiada pengalaman bercerai tetapi saya pernah menghadapi orang yg bakal dan dah bercerai. Ada klien konon kata nekad bercerai, pergi kaunseling tak mahu. Tup2 masa perbicaraan memohon fasakh, pecah rahsia drpd suami dia, dia yg minta having sex dgn suami. Ermmm saya dlm hati, suami kau punya hujahan balas yg kuat untuk tak dapat fasakh. Saya yg menyesal ambil dia sebagai anak guam sbb tak nak dengar cakap saya jumpa kaunselor dulu. Lagi satu dia baru lepas seminggu bersama suami, then jumpa saya nak fasakh pula. Saya suruh tunggu 3 kali suci baru mohon fasakh tak nak! Padan muka saya, kali pertama, kami kalah dlm kes fasakh. So, dlm masalah hal rumah tangga ni, jumpalah kaunselor utk baiki diri jd yg lebih baik supaya dpt hadapi kehidupan dgn baik. Jika sedar / nampak diri ada simptom depression, segera dapatkan rawatan kaunseling / psikiatri

Baca lagi
16h ago

kalau tiada having sex dlm brpa lama baru boleh mohon fasakh?

Sesungguhnya ujian kita berbeza-2 kan? Saya sebagai isteri, sebagai ibu.. saya faham sis. Sikit pun takde rasa nak judge. Daripada cerita sis, kita semua thu yg sis bnyk ‘support’ hal rumahtangga. Nmpak lah yg sis mmg betul-2 burnout uruskan urusan harian. Kadang-2 kita penat bkan sbb anak semata-2 tapi sbb keadaan & org sekeliling. Kita semua thu yg jaga anak mmg penat lebih-2 lagi kalau anak kecik-2/ anak rapat-2. Tapi lagi memenatkan kalau suami sikit pun tak cuba memahami/cuba membantu. Soal tentang perpisahan, sis sendiri lebih kenal suami jadinya sebelum buat apa-2 keputusan pastikan sis dalam keadaan yg betul-2 ok. Bimbang nanti jika hanya ikut perasaan kelak mkan diri sendiri juga. Ambil lah seberapa bnyk masa utk bertenang/berfikir. Semoga sis kuat demi anak-2.

Baca lagi
Post reply image

Sis 1st sekali kalau nk berbauk nanti jgn bayar ap yg jd tanggungjwb suami mcm bil, duit mkn duit dapur brg anak2. Bab pengasuh pd sy ok ibu byr tp lain2 biar suami byr jgn tolong. Biar dia tau. Lepas ni tolong bahagi keje rumah tu sbb both keje kan dan awk tolong fanancial dia so diapn kne tolonglah keje rumah tp kalau dot laki yg tau arah je susahlah. Skrg ni pun awk mcm ibu tunggal je duit byk keluar dan keje n besarkan anak same je la baik xpyh ade laki to apa2 cubalah jumpa kaunselor dlu anak kecik lg mmg penat kalau sorg2 je jaga

Baca lagi

sy duduk jauh dari family sendiri dan family mertua , Alhamdulillah tenang , masak ke tak ke periuk kita sendiri . Ada masa balik kampung melawat org tua. Berbesa dgn abang sy yg tinggal berdekatan dgn rmh org tua , Mak selalu dtg rumah dia komplain bini dia x bt itu ini , Sampai akhirnya abg sy dan isteri bercerai baru2 ni . Berbeza sngt. lepas bercerai abg sy ambil keputusan utk duduk jauh dari family. Bukan x nak duduk dekat tapi bila dah duduk dekat mcm2 akan jadi, ade baiknya , ada jugak buruknya.

Baca lagi

sis diuji dgn suami , saya ujiannya mak sendiri yang bagi burnout tak pasal2 nanti keluar paper seorang wanita mati b*n*h diri dhlh ada sejaran bpd+anxiety siap makan ubt lg , sampai suami x tahan dia nk ceraikan saya sbb tekanan keluarga, kita rasa yang buruk kita lepaskan sis , saya buang keluarga saya aman tapi bila saya Cuba baik balik makin byk malang pula jadinya buang yg buruk lebih baik untuk hidup kita jgn pernah menyesal.

Baca lagi
1w ago

tgh mencuba bersabar tapi nk self harm tu sgt tinggi , dgn ank2 lg

Allah kesian saya baca kisah akak, terasa sangat penat tu. Akak memang kena jumpa kaunselor dan cerita semua pasal akak yg byk keluarkan duit, lepastu boleh pulak nak complain2 suruh kemas dapur tu. Please pergi kaunseling dan biar kaunselor tu yg sekolahkan dia

laki buat apa je? ko yang bayar semua. okay. g kaunselor je. bawak laki ko skali. kaitkan laki ko bab bayarkan bill semua, biar dia bayarkan. jgn biarkan ko bayarkan. aduhhh. boodoh lah laki tu. jgn mintak cerai dulu. bagi dia bayar semua then ubah perangai dia.

Sy nasihatkn fikir betul2 jgn bertahan sebab anak. Ibu happy anakpun happy. Kalau nk bertahan jgn tambah anak selagi dia xubah perangai. Bahagi keje rumah. Duit nak kite kongsi bayar tp keje rumah xnak plak kongsi.