Nak luah sahaja .. rujuk demi baby dalam kandungan sahaja

saya 24weeks , sy gaduh besar dgn suami dan sy paksa suami lepaskan saya . Kami berdua hilang pertimbangan dan dia lafaz dia lepaskan saya . Saya ajak dia rujuk semula tp hati dia berat untuk terima saya semula, tapi dia tetap rujuk demi baby dlm kandungan sahaja bukan demi saya. Sekarang layanan dia jauh berbeza , tiada lagi suami yang caring . Tiada lagi suami yg suka ucap cinta syg pada saya. Telefon diprivate kan, bahasa panggilan dah bertukar . Tidur dia dah tak lihat dan peluk saya, tiada pelukan dan usap perut . saya tertekan sangat2

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Bertabahlah puan. Jika puan mahu teruskan hubungan, baiki diri menjadi wanita solehah dulu, doa mohon perlindungan Allah drpd syaitan yg suka sangat suami isteri bergaduh, dan mohon drpd Allah untuk adakan rasa tenang, kasih sayang, rahmah dlm hidup berumah tangga. Dah terlajak kata untuk minta dilepaskan, memang ada lelaki yg tegas dan nak ajar supaya isteri jangan main2 dgn minta cerai, begitu juga dgn suami, jangan main2, gertak untuk ceraikan. Bila dah sekali lafaz, nah... Rasakan kesannya. Baru tahu langit tinggi rendah bila lafaz talaq disebut. Puan anggaplah keadaan sekarang sbg mendidik puan menjadi wanita Solehah. Minta ampun maaf dgn suami, insaf dgn keterlanjuran. Taubat nasuha. Jangan ulangi perkara yg buat bergaduh besar tu. Saya tak tahu cerita sebenar kedua belah pihak. Sebab saya baca luahan drpd puan shj, saya bg komen untuk puan je lah. Merayu istighfar dgn Allah mudahan tujuan perkahwinan puan dgn suami tercapai. Ni bulan Ramadan, puan pula dlm keadaan hamil ni, doa sungguh ya. Mudah-mudahan, Allah kurniakan ketenangan, kasih sayang dah rahmah puan, suami serta anak dlm kandungan. 🤲🌻

Baca lagi

sebab tu bila bergaduh, tolonglah sekuat hati, selagi boleh, sehabis daya, elakkan untuk mintak cerai. bila masing masing tengah panas, salah sorang tambah lagi api, tu yang boleh meletus benda yang tak dijangka. dalam kes awak ni, sebab awak yang mintak, dalam situasi yang tegang, yang masing masing tak boleh berfikir dengan baik, suami lafaz, kemudian awak ajak rujuk semula. hati dia mungkin dah betul betul terluka, hati lelaki ni keras, bila dia terluka, susah untuk dia pulih. awak dan suami kena muhasabah diri, fikir untuk future bila anak keluar nanti macam mana. kalau tak jumpa jalan penyelesaian, pergi la pejabat agama, mintak kaunseling.

Baca lagi

semoga sis terus kuat. jgn terlalu fikirkan ya. x baik utk sis & baby. teruskan tugas sebagai isteri yg taat kpd suami. insyaAllah lama2 hati suami akan lembut mcm sebelum ni. insyaAllah juga hati suami akan lembut bila hadirnya cahaya mata 🥰😘 banyakkan berdoa ye sis 💖