Bleeding awal kehamilan

As salam..usia kandungan 8wks..biasa spot clr cklt hr nie tkar merah dn byk dr discharge yg sblm nie..normal ke ye..??tp xde sakit ape2.. #ingintahu #pleasehelp

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya masa 10 weeks ada spotting coklat saya biarkan sbb mcm awak la, tak sakit. tp masuk hari ketiga makin banyak sy pegi klinik, klinik pun cakap utk pregnancy apa2 spotting even setitik pun sangatlah tak normal. klinik scan baby mmg ok aktif tp rate jantung dia terlalu laju dan saya mmg dah "threathend miscarriage", dia buat surat refer hospital dan dia suruh pegi secepat mungkin, tp benda nak jadi, saya tangguhkan lagi, saya pegi esok pagi. pegi je pagi, tengahari admit ward, pukul 3 saya gugur kat atas katil. masatu saya hampir meroyan, salahkan diri sbb tangguhkan2 waktu. tp sapa saya nak salahkan takdir. saya bukan nak doakan bukan2 utk awak, ini peringatan. better refer hospital terus. skrg sy tgh pregnant lg dah masuk 25 weeks. masa 18weeks sy kena covid, ada spotting sikit terus direct emergency hospital. awak tolong sgt2, kalau sayangkan kandungan pegi la hospital.

Baca lagi

Nak tau normal atau tak kena terus pergi hospital and consider as emergency sbb bleeding time pregnant ni byk faktor. Mana2 doktor pun mmg akan advise if bleeding je terus pergi emergency which means is a serious thing. Kandungan okay ke tak okay tu hanya doktor boleh assess. Sy pregnant dua kali, kali pertama spotting pergi check doktor dh suspect kandungan tak menjadi n bagi masa dua minggu lagi for next appt utk scan. Tp takde rezeki masa tu lepas dua tiga hari terus bleeding banyak n kantung gugur sendiri. Kali kedua pregnant pun ada bleeding almost seminggu tp kalini pregnancy okay, cuma doktor kata maybe sbb penempelan embryo tu yg jadi bleeding. Doktor bg ubat kuat rahim lepas tu. So maknanya selagi tak terus check doktor kita tak tau which case are we

Baca lagi

Jawapan: Tak normal. normal pregnancy tak berlaku apa2 SPOTTING/BLEEDING. sebab persenyawaan telah berlaku. xde juga istilah period semasa hamil. kena igt setiap condition mommy tak sama. awak tak boleh nk minta pendapat dekat sosial media sbb apa mungkin utk mommy tu dia berakhir dgn okay, tapi utk kita mungkin tak. hanya doctor sahaja boleh merawat dn periksa samaada awak okay atau x. saya 1st pregnancy dulu ada spotting setitik pon direct call husband panggil bawak g klinik. doctor check siap ckp kemungkinan ancaman keguguran dn buat surat refer hospital. sy pergi hospital bila doctor dh pantau sy, baru sy rasa lega. refer penerangan dr doctor irma ni https://vt.tiktok.com/ZS8y4jEuC/

Baca lagi

pengalaman saya, dulu klau awal pregnant ada spotting, terus saja ke klinik.. nnti doktor akan bagi ubat kuat rahim.. klau kandungan dh cecah berbelas² minggu time saya dulu, doktor x bagi ubat kuat rahim.. katanya sbb kandungan dh kuat.. dia cuma risau saya ada luka bahagian bawah.. so doktor suggest saya bedrest selama 2 hari.. klau masih spotting atau bleeding terus saja ke hospital bahagian emergency.. sbb sana ada pakar dan kelengkapan barang yg sesuai utk checkup lebih detail. bedrest tu saya betul² baring je, bangun pun utk mkn, buang air & solat..kerja rumah semua suami amik alih apa² pun pergi jumpa doktor dulu utk rawatan.. semoga kandungan awak sihat² sahaja.

Baca lagi

sis . pergi hosp . sy hritu spoting tgh malam . risau mcm apa . esok pg sy trus p klnik .doc kata normal . selang dua hari spoting semula . saya terus p hosp . takde nk tanya tanya minta pendapat sbb saya tahu apa apa spoting tak normal wktu pregnant . ya , smpai hosp . sy terus bleeding bnyk . Kluar drh merah . dan sy gugur . sy langsung tkde rasa sakit . smpai doc tnya berulang kali . tak sakit ke . tolong laa jgn buat main dgn spoting ni . kalau dah thu pregnant . ada spoting trus je p hosp . sy smpai skrg pregnant 7w . risau takut . fobia . hari hari cek tgk ada spoting atau tak . takut benda sama berulang .

Baca lagi

💆🏻‍♀️💆🏻‍♀️💆🏻‍♀️💆🏻‍♀️💆🏻‍♀️ berpuluh beratus kali soalan mcmni naik kt sini. sis boleh search dulu kot sebelum tanya. ok faham risau. tp ikut logik akal, mana2 NORMAL pregnancy takkan ada spotting/bleeding, tak kisah kaler coklat pink merah. bila keluar waima setitik pun dah kena risau & ke klinik/hospital dgn SEGERA. mcm mana sis boleh rilek masa ada spotting coklat tu? ni dah keluar darah fresh. sy doakan kandungan sis takda apa lah ye. kalau mcmni cara sis amek masa utk ke klinik/hospital, harap doa byk2 k.

Baca lagi
2y ago

sombongnya cara jawab.. org tu tanya, jwb elok2 sudah lah.. maybe dia baru lg kt sini.. bukan smua org "hebat" atau "serba tahu" mcm awak ya..

mesti byk baca forum2 luar negara bab implantation bleeding kan,sbab tu boleh relax 🤭 proses penempelan berlaku dlm hari ke-8 or 9 selepas ovulation, klau ikut kiraan dlm 3-4 minggu LMP. IB tak kan berpanjangan & bertukar warna fresh . nk gugur or nk bersalin tak semestinya akn sakit dulu, setiap org akan berbeza situasi . awk boleh cakap NORMAL lepas doctor sahkan kandungan awk selamat . biar gelabah check awl2 drp menyesal lambat dapatkan rawatan.

Baca lagi

terus pegi hospital cek,kes2 cm ni x normal & bahaya saya masa kandungan masuk 8week pn bleeding jam 2pagi terus siap2 cri klinik pusing2 la juga dlm 1jam area sunway cri klinik 24jam jumpa 1 je tu pn xleh handle kes cm ni terus pecut gi hospital shah alam cek semua scan baby then doktor ada msukkn something dlm lubang rahim alhamdulillah semua ok kandungan ok anak pn dah nk msuk 5bln...nmpk darah sikit je pn trus pegi cek jngn ambil mudah..

Baca lagi
2y ago

alhamdulillah ❤️ trima kasi sis 🥰

pedulikan orang atau doctor tak bertanggungjawab yang kata bleeding sikit2 tak payah pergi hospital. setuap kali saya pergi check up kk, misi dan doctor saya selalu pesan if ad bleeding pergi hospital terus. tak kira sikit atau banyak. tak lan nak tunggu banyak baru cek. masa tu dah terlambat rasanya. kalau hospital tak nak rawat, pergi klinik swasta terus. banyak klinik swasta yang ambil serious hal macam ni.

Baca lagi

Saya pon sedang mengalami benda yg sama. Saya dah seminggu keluar bleeding mcm spotting. Masa mula-mula keluar spotting saya terus ke emergency. Pergi ke emergency doktor suruh makan ubat kuat rahim je. Doktor inform bila bleeding teruk baru pergi ke emergency balik. Saya pon fikir yg positif je la semoga kandungan selamat selagi tak ada bleeding teruk. Semoga kandungan awak baik2 jgk.. Amin

Baca lagi