Hanis Sofia profile icon
GoldGold

Hanis Sofia, Malaysia

Kontributor

About Hanis Sofia

Excited to become a mum

My Orders
Posts(3)
Replies(6)
Articles(0)

Bersalin Awal (due date 22/5 tp dah bersalin czer 27/3)

hai, saya saja nak share sini. nak baca baca, taknak baca boleh skip 😬 sy memang ibu hamil berisiko, buku pink pun sticker kuning sbb diabetes type 2. dan bergantung pada metformin dan insulin dengan dos yg agak tinggi. 27/3/23 saya ada appt hospital dengan pakar o&g. mmg tiap bulan appt untuk tengok development baby. masa pegi ni urin dan bsp memang sangkut sbb saya pegi bantai minum soya kotak (layankan sangat teringin tu padan muka) 🥴 jadinya dorg decide nak naikkan lg dos insulin, terpaksa la warded kan sy untuk pantau. sy mintak nak balik dulu kemas barang nak warded, datang serah diri pukul 2. daftar kemasukan wad, pegi la wad bersalin (mmg kena pantau kat wad ni). dorg cek tekanan darah pastu suruh baring dalam bilik khas utk nurse cek ctg jantung baby sementara tunggu dpt katil. tp ctg saya dorg track ada contraction yg kerap sedangkan sy baru 32weeks (tp sy tak rasa sakit, baby jela mengeras2. ingatkan normal) satu wad tu dah kecoh nurse2 dgn doktor pakar dtg tengok sendiri, cek bukaan bawah takde. suruh rilek sekejap, lepas sejam cek lagi. masih ctg takcantik. tiap kali contraction tu jantung baby drop. sy terpaksa emergency czer time tu. tak sempat nak fikir apa2, fikir baby je.. alhamdulillah pukul 6.34pm sy selamat melahirkan baby girl premature 32weeks 2.1kg. berat baby 2.1kg sbb sy ada gdm dan mmg saiz baby masa scan besar 2 minggu. tp sebab dia keluar awal kan, kalau keluar cukup bulan mungkin 3kg ke atas. sekarang pntang kat umah tp baby dipantau di wad 4, jadi, sesiapa yg dah 30weeks better prepare la beg hospital siap2. baby boleh keluar bila2 masa sahaja 🤧 #bantusharing

Read more
 profile icon
Write a reply