Kesan stress pada kandungan
Salam. Sy ada tanya doc apa kesan stress pd bayi dalam kandungan. Doc ckp stress emosi tak memudaratkan bayi, melainkan stress fizikan contohnya hentakan. Maknanya kalau setakat menangis meraung tu xde kesan pada bayi dalam kandungan sbb itu susah untuk dikawal. Dgr doc ckp mcmtu lega sgt hati ni. Sbb emosi sgt2 xstabil sampai tahap menangis dan meraung. Dah cuba kawal tapi tak mampu.

Sy dah merasa ye dulu stress emosi sebab ada gangguan dari janda suami sy. Tak taulah apa masalah dia selalu nak contact2 suami sy, nak mengadu itu ini, sedangkan dia dah lama dah kahwin lain. Msg pula dgn menggunakan panggilan masa diorg masih suami isteri dulu ( abah & syg ) Jadi sy macam tak suka lah sbb diorang dah lama dah bercerai, dari umur anak diorg 12thn dan pada masa itu umur anak diorg dah 19thn mcm tu. So rasanya dah tak perlu kot nak mesra2 sgt, memandangkan kami pun dah bernikah dlm 3thn lebih, dan sy masa tu baru pregnant anak yg pertama. Disebabkan sy stress dgn perangai diorg ni, anak dlm kandungan sy tak membesar dgn baik, tiba2 sy kena darah tinggi yg mendadak, dan menyebabkan anak sy meninggal sebab lahir tak cukup bulan. So klu boleh jgnlah stress2, kesian baby 😭😭 bila baby meninggal, sy juga yg disalahkan kononnya sbb sy tak jaga pemakanan, padahal sy stress gila sbb sy tgk diorg masih kerap berhubung dan tak jaga langsung perasaan sy. Jadi kesimpulannya klu doc ckp tak beri kesan pada baby, sy rasa mcm tak betul je sbb sy dah mengalaminya, cuma sy tak cerita pun pd suami sy sbb suami pula jenis tak boleh bwk bincang, kita cemburu pun kita blk disalahkannya.
Baca lagi